Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Agenda Besar UMNO/BN/Mahathir Yang Belum Berhasil..., Walaupun Sudah 20 Tahun Jadi PM...

Selepas menerima tamparan paling padu dari penumbuk rakyat Malaysia dan parti-parti pembangkang khususnya PAS dan KeADILan pada pilihanraya umum ke 10 tahun 1999 dan kekalahan mengaibkan dalam pilihanraya kecil DUN Lunas di Kedah pada November 2000 yang lalu. UMNO Mahathir dan kroni-kroninya yang tidak pernah merasa diri mereka kecil daripada orang lain. Terus mendabik dada, menyombong, membesar diri dengan ego dan angkuh bahawa UMNO Mahathirlah yang kuat, berjasa, memajukan Malaysia dan segala-gala lambang besar, mega dan tinggi itu adalah milik UMNO Mahathir. Orang lain, parti lain dan pemimpin lain jangan cuba hendak mendakwa kan diri sendiri.

Akan tetapi, riak perubahan sokongan rakyat yang mengelombang terhadap parti-parti pembangkang khususnya di Semenanjung benar-benar mencemaskan UMNO Mahathir dan kroni-kroninya. Di Sarawak, negeri yang tiada setitikpun benih UMNO melihatkan BN terus berkuasa dalam pilihanraya umum ke 8 Sarawak dengan kemenangan 60 kerusi DUN daripada 62 kerusi DUN Sarawak hanya dua kerusi DUN ditawan oleh pembangkang satu DAP dan satu lagi calon Bebas. Kemenangan BN Sarawak itu, UMNO hanya tumpang sekaki pengaruh, itu di Sarawak. Di Sabah, UMNO yang sudah bertapak dan membiak sejak tahun 1991 itupun hanya bergantung pada kuasa politik, kebendaan dan budaya pengampu yang mensabati dalam UMNO/BN sejak dulu.

Memang menyebutkan tentang agenda UMNO/BN/Mahathir belum selesai sampai bila-bila...kecuali ajalnya dipendekkan Allah Ta'ala. Barulah Mahathir berhenti dari agenda-agenda 'politik jahat, zalim dan kotor'nya di negara ini. Mahathir belum selesai mengislamkan nama Malaysia sebagai 'negara Islam'. Dia belum selesai mengagihkan kekayaan negara kepada anak-anak, dirinya dan kroni-kroninya, belum selesai menaikkan pangkat kaki-kaki bodek, pembantu-pembantunya dalam kerja-kerja 'politik kotor dan jahat'nya belum mendapat hajat masing-masing dan teramat sangat banyaknya agenda keduniaan, kemewahan, kedudukan dan kemasyhuran nama mahu diangkatjulang ke atas langit supaya semua makhluk dalam alam ini tahu bahawa Mahathir dan kroni-kroninyalah manusia ter'dewa' di muka bumi...mahu mengatasi Bush di Amerika, Tony Blair di England dan Putin di Russia...

Mahathir Terus Berusaha Men'dewa'kan Dirinya

Amalan demokrasi sudah mati dalam UMNO pimpinan Mahathir. Siapa mematikannya, seluruh ahli UMNO tahu, pembunuh demokrasi dalam UMNO itu ialah Dr Mahathir. Suara majoriti ahli yang menyanggah dan tidak bersetuju dengan keputusan yang memihak presiden atau untuk kepentingan diri dan juga survival kuasanya dalam UMNO/BN telah dianggap sebagai golongan yang anti, musuh dan merosakkan parti UMNO. Tapi mereka yang mengampu, kaki bodek atau tukang jilat Mahathir dianggap kumpulan terbaik, setia dan dijadikan anak emas Mahathir, padahal kumpulan seperti inilah yang bakal merosak dan menghancurkan parti UMNO. Malah kumpulan kaki ampu dan bodek yang hidup mewah dalam UMNO/BN sekarang terus bermaharajalela membuat macam-macam cara dan helah bagi memuaskan serta mempertahankan apa jua kesukaan Dr Mahathir dengan matlamat agar Mahathir terus kekal berkuasa dan kumpulan kaki bodeknya terus hidup mewah dengan kerja-kerja mengampu mereka.

Siapa yang mendewakan Dr Mahathir sehingga keperingkat Mahathir tidak sedar diri bahawa dia hanya seorang manusia biasa yang memiliki segala kelemahan, kekurangan dan segala macam sifat tamak, besar diri dan sombong dengan hanya secebis kuasa yang dipinjamkan sementara kepadanya. Apakah Mahathir tidak mengambil iktibar dari kemangkatan Yang di-Pertuan Agong selaku simbol kuasa paling tertinggi di Malaysia, akhirnya kembali jua ke bumi tinggal segala pangkat besar, istana, kekayaan, anak pinak dan sebagainya. Kita hanya membawa amal dan iman. Amal hanya ada dua kategori, satu amal baik atau amal soleh dan yang satu lagi ialah amal buruk kita semasa di dunia ini. Beruntunglah andai amal kita selama berkuasa itu banyak yang baik. Tapi andai lebih banyak yang jahat seperti amalan rasuah, kezaliman, salah guna kuasa, penyelewengan, kepentingan diri dan sebagainya dalam pemerintahan, maka deritalah mereka nanti di alam kubur.

Yang jelas kumpulan yang mendewa-dewakan Mahathir itu, tidak salah lagi mereka itu ialah kumpulan kaki ampu Mahathir yang bersepah-sepah berada dalam UMNO sekarang, di mana-mana mereka ada di kampung, di pejabat, di bangunan UMNO, di kementerian-kementerian, dicawangan-cawangan UMNO di seluruh dunia...seperti Tan Sri Khalil, Datuk Zainuddin Maidin di Kementerian Penerangan, Datuk (Tengku...???) Adnan Mansor, Rais Yatim, Datuk Pandikar Amin di JPM, Ali Rustam di Melaka, Sanusi Joned di Kedah (tapi sudah tak popular), Ibrahim Ali di Kelantan, Idris Jusoh di Terengganu, di Sabah cukup ramai...jenuh catat. Di JAKIM, Ketua Pengarahnya sekarang, Datuk Shahir Abdullah kaki ampun nombor satu di JAKIM, dia dapat jadi ketua pengarah itupun kerana syafaat 'kaki ampu'nya. Sayang sejuta sayang seorang tokoh agama menjadi kelabu mata dalam melihat cahaya kebenaran. Maknanya kepala kaki ampu Mahathir ada di mana-mana bumi Malaysia ini. Itulah kesukaan Mahathir...

Mahu Campur Tangan Dalam Majlis Raja-raja Melayu

Agenda selanjutnya, setelah institusi raja diperhina dulu. Kini agenda Mahathir adalah mahu masuk campur dalam urusan Majlis Raja-raja Melayu dalam menentukan bakal SPB Yang di-Pertuan Agong ke 12. Nampak dan benar-benar kelihatan usaha memperkudakan 'istana' dan Majlis Raja-raja Melayu itu sejak kegeringan SPB Yang Di-Pertuan Agong Sultan Salahuddin. Dan sebaik mangkatnya Almarhum Sultan Salahuddin pada 21 November (5 Ramadhan) lalu nampak sudah riak atau sekilas gerak hati Mahathir dan kroni-kroninya terutama Dr Rais Yatim serta orang-orang istana yang 'gila kuasa' seperti ada konspirasi dan persekongkolan atau matlamat tersendiri di antara mereka terhadap Majlis Raja-raja Melayu simbol kuasa tertinggi negara dalam Sistem Raja Berperlembagaan di Malaysia. Sebagaimana kata Raja Petra Kamaruddin, pegawai istana yang ditemuinya, turut menghebahkan Raja Perlis sebagai pengganti. Kalau sudah istana dirasuk 'politik menggila UMNO/Mahathir' pasti akan hancurlah seluruh sistem dalam negara ini. Institusi kehakiman hancur kerana campur tangan yang berlebihan oleh penguasa 'elit politik' UMNO/Mahathir, Suruhanjaya Pilihanraya hilang status badan bebasnya kerana campur tangan penguasa 'elit politik UMNO/BN/Mahathir' juga, di Parlimen begitu juga. Di mana-mana saja institusi negara ini telah kerasukan penyakit 'penguasa elit politik UMNO/Mahathir yang berpenyakit' teruk.

Apabila institusi tertinggi 'simbol kuasa' tertinggi negara inipun sudah dimasuki dan dirasuk oleh hantu-hantu UMNO/BN/Mahathir. Apakah akan ada lagi sistem yang benar-benar bebas dan berkecuali di negara ini. Anda sebagai rakyat Malaysia sahaja yang layak memberi jawaban yang tepat. Bagi penulis, tinggal lagi institusi rakyat...yang bakal menentukan sistem negara yang sudah terbukti baik untuk rakyat Malaysia yang majmuk ini di bawah Sistem Raja Berperlembagaan. Pastikan jangan ada penguasa 'elit politik' yang rakus itu terus merajalela untuk mempengaruhi Majlis Raja-raja Melayu yang berkecuali, supaya ikut telunjuk UMNO/Mahathir. Ingatlah 'kerja-kerja kotor lagi jahat' UMNO/Mahathir dulu memalukan dan mengaibkan institusi raja dalam negara ini secara cukup biadap dengan memperalat seluruh jentera kerajaan, parti politik UMNO, individu dan rakyat Malaysia bersekongkol bersamanya mengaibkan institusi raja-raja Melayu. Cukup sudah untuk kita bersabar menanggung beban kerja-kerja 'politik kotor lagi jahat' UMNO/Mahathir itu.

Kenyataan ini bukan bermaksud menghasut sesiapa. Tetapi kita ingin mengingatkan seluruh rakyat Malaysia, terutama sekali Majlis Raja-raja Melayu yang bakal membuat keputusan teramat penting untuk masa depan rakyat dan negara Malaysia dengan memilih SPB Yang Di-Pertuan Agong ke 12. Rakyat berharap bahawa keputusan Majlis Raja-raja Melayu adalah keputusan Majlis Raja-raja Melayu tersendiri, BUKAN KERANA DIPENGARUHI OLEH TANGAN-TANGAN 'JAHAT' POLITIK 'ELIT' UMNO/MAHATHIR yang sudah hilang kredibiliti dan harga diri mereka.

Bayangkan Dr Mahathir telah membuat kenyataan yang tidak patut diucapkannya tentang mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu pada 12 Disember akan datang, katanya kalau ikut giliran Raja Perlislah...apa motif dia berkata kepada publik sebegitu. Apakah Mahathir mahu menasihat semua orang...sebagaimana dia membuat kenyataan berbau menasihat/mengarah/memutuskan kesalahan DS Anwar Ibrahim dalam akhbar supaya hakim-hakim akan menuruti apa yang dia katakan atau cakapkan. Begitulah kemahuannya agar Majlis Raja-raja Melayu mengikut kenyataannya dalam akhbar-akhbar pengampu UMNO/BN/Mahathir. Mahathir ingat, semua ahli-ahli dalam Majlis Raja-raja Melayu itu orang-orang bodoh, pak turut dan kaki ampu seperti Agustine Paul, Ariffin Jaka dan Gani Patail atau Mokhtar Abdullah yang menjilat bulat-bulat segala liur basi yang diluahkannya ke dalam surat khabar pengampu mereka.

Akhirnya, kita mahu seluruh rakyat Malaysia yang majmuk ini dapat mengkaji dan meneliti segala gerakkerja politik 'kotor' dan 'jahat' UMNO/Mahathir yang dipenuhi dengan muslihat yang jarang ternampak oleh mata yang kelabu dan gelap.

Ibn Sabah,
7.12.2001M.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 8 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com