Berita tentang 19 kumpulan yang dinamai 'al-Ma'unah'
itu semalam telah diputuskan YA Hakim Dato' Zulkefli
Ahmad Makinnuddin bahawa mereka bersalah kerana
tuduhan 'melancarkan peperangan ke atas Yang
Di-Pertuan Agong' (pertuduhan yang direkacipta oleh
peguam negara Mokhtar Abdullah dulu) dan pertuduhan ke
atas mereka tidak wujud atau melampaui 'keraguan yang
munasabah' dalam istilah bahasa undang-undang, bererti
mereka bersalah. Walaupun hukumannya belum diketahui.
Tidak lama lagi akan keluarlah 'kertas putih' itu yang
pernah diumumkan oleh seorang menteri persekutuan dan
akan dikeluarkan secara rasminya dalam Parlimen. Dalam
keadaan Parlimen Malaysia yang dikuasai oleh majoriti
ahli-ahli UMNO/BN kaki ampu Mahathir/Pak Lah. Bolehkah
'kertas putih' itu dipercaya sepenuhnya. Atau apakah
'kertas putih' yang akan keluar dari Parlimen nanti
bakal memutihkan kehitaman yang melanda kononnya
keselamatan negara terjejas kerana gerombolan kumpulan
yang dinamakan al-Ma'unah itu. Tapi apa yang boleh
lihat dari yang tersirat dari 'kertas putih' yang
bakal muncul nanti. Tidak mustahil bahawa 'kertas
putih' adalah sekadar untuk menyelamatkan dan
memutihkan kehitaman politik parti pemerintah yang
sudah hilang wibawa dan pengaruh terutamanya 'imej'
politik UMNO/BN/Mahathir. Kita tunggu saja, bagaimana
rupa wajah 'kertas putih' itu nanti. Mungkin kelabu,
samar atau hitam gelap pekat????
'Kertas Putih' Belum Tentu Putihnya?
Kertas putih tentang tragedi 'Sauk', Militan dan KMM
yang sudah diketahui rakyat cerita dibalik cerita itu,
bakal diisytiharkan dalam Parlimen sebagaimana kertas
putih tentang kes 'Memali' dulu. Apa perlunya 'kertas
putih' itu kalau matlamatnya sekadar memutihkan
sesuatu yang sudah jelas kehitamannya. Seorang rakan
penulis melontarkan ideanya tentang kes Sauk di Perak
dan lain-lain kes yang terjadi dalam beberapa tahun
ini sejak gawatnya politik Malaysia dibawah parti
kerajaan UMNO/BN/Mahathir. Bagaimana boleh terjadi
kepada sebuah kem tentera yang dikawal rapi 24 jam
tiba-tiba boleh diceroboh oleh pasukan al-Ma'unah
dengan dua buah kereta pajero mengangkut senjata dalam
masa cukup singkat. Apakah pengawal dikem tentera itu
adalah pengawal sekuriti gruad yang tidak terlatih,
dipukau, boleh dirasuah, disogok, dirundingkan, boleh
dipujukrayu dan pelbagai lagi andaian boleh dibuat,
kemungkinan juga pengawal tentera yang bertugas
sewaktu kumpulan yang dinamakan al-Ma'unah itu masuk
menceroboh adalah pengawal yang dikuasai dadah, pil
khayal dan sebagainya. Sehingga tidak mampu untuk
bertindak menghalang penceroboh kem tentera. Inilah
yang menjadi persoalan kepada rakyat, sampai ada yang
mengandaikannya ia sekadar satu lakonan bagi maksud
dan tujuan mengkambinghitamkan orang lain atau
kelompok lain yang tidak sealiran dengan parti yang
memerintah.
'Kertas Putih' Sebagai Bahan Bukti?
Kertas putih yang hitam itu akan menjadi satu lagi
bahan bukti bagi UMNO/BN untuk menghitamkan lawan
politiknya, dengan maksud bagi menaikkan semula imej
buruk UMNO/BN pada mata rakyat. Percayalah 'kertas
putih' yang berkulit hitam itu tidak akan berdaya
mewarnaputihkan wajah politik UMNO/BN/Mahathir yang
hitam pekat akibat angkara politik jahat, zalim dan
hitam mereka selama ini. Keburukan, kelemahan,
kecacatan, salahguna kuasa, rasuah, penyelewengan,
putar belit, tipu helah dan segala-gala kejahatan,
mahupun kezaliman yang mereka lakukan semahu-mahu
disembunyikan dari pengetahuan rakyat jelata.
Sebaliknya, mereka warnai dan wajahkan segala yang
tidak baik itu dengan topeng-topeng kebaikan belaka
atau dengan tindakan mengkambinghitamkan orang lain
terutama musuh politik mereka. Inilah kerja-kerja
UMNO/BN/Mahathir selama berkuasa dalam negara ini.
Mereka mahu nama mereka terpahat di mana-mana dalam
negara ini, bahawa merekalah juara pembangunan, juara
dunia ketiga, bapa pembangunan, bapa IT, bapa
macam-macam bapa...bapa perompak, ketua penyanggak,
kepala rasuah, dan...dan...banyak lagi...anda boleh
menyenaraikan satu demi satu.
Berdosakah Rakyat Yang Membongkar Salahlaku Pemimpin
UMNO/BN?
Dalam isu ini, penulis sengaja melontarkan idea-idea
sebegini untuk dikongsi bersama dengan para pembaca,
reformis, pendokong, penyokong BA dan rakyat Malaysia
yang majmuk ini. Tentang apakah sebenarnya yang
menjadi agenda besar kepada parti kerajaan UMNO/BN
dalam gerakkerja mereka memajukan rakyat dan negara
ini. Apakah mereka mahu negara ini maju dan membangun,
tetapi minda, akal budi dan jiwa rakyat terpenjara,
dikongkong dan rakyat dilarang mengkritik, ditegah
bersuara untuk menyanggah kesalahan pemimpin yang
memegang kuasa, sekalipun jelas dan terang-terangan
para pemimpin UMNO/BN menyeleweng, melakukan salahguna
kuasa, rasuah, menghimpun kekayaan diri, suku sakat,
kroni dan anak bini. Apakah rakyat berdosa kerana
membongkar kesalahan para pemimpin UMNO/BN yang memang
terang-terangan menjadi perompak harta benda rakyat,
mengamalkan diskriminasi, rasuah dan sebagainya.
Sepatutnya, para pemimpin UMNO/BN dan juga para
pemimpin BA bersyukur kepada Allah kerana terdapat
dikalangan rakyat Malaysia berjumlah lebih 23 juta ini
telah menyedari akan kelemahan dalam kepimpinan negara
khususnya UMNO/BN sekarang, di mana mereka lebih
banyak beragenda kekayaan diri, mencari nama, memburu
pangkat, kedudukan dan kemewahan dunia, sehingga
terlupa amanah besar sebagai pemimpin yang dipilih
oleh rakyat. Justeru mereka juga harus berterima kasih
kepada rakyat Malaysia yang telah berjaya menghidu
keburukan para pemimpin mereka yang banyak melakukan
penyelewengan, rasuah, merompak harta benda rakyat dan
negara ini secara licik dan penuh tipu muslihat.
Tindakan rakyat membongkar segala kecacatan dan
penyelewengan yang berlaku dalam pentadbiran negara
adalah satu tindakan terbaik bagi memutihkan kehitaman
yang sedang melanda keseluruhan sistem negara hari
ini. Semua orang tahu bagaimana sistem ekonomi negara
dikontrol oleh orang-orang yang berteduh dibawah
ketiak pemimpin negara, sistem perundangan negara yang
menjadi tempat berlindungnya para pemimpin negara
menutup salahlaku mereka selama ini, begitu juga
kementerian-kementerian yang dikuasai sepenuhnya para
pemimpin politik daripada UMNO/BN lebih banyak
menumpukan agenda politik peribadi, survival diri,
kekayaan diri, rakan, anak bini, kroni dll. Sementara
untuk rakyat terbanyak sekadar mendapat
serpihan-serpihan yang sudah tidak mereka kehendaki
lagi. Pendek kata, penguasa yang tamak, hartawan yang
rakus, korporat yang haluba menjadi jentera pengendali
kepada seluruh sistem negara. Rakyat yang jauh dari
mereka hanya menelan air liur, kalau dapatpun hanya
hampas-hampas atau daki-daki yang berciciran ke bumi
Malaysia yang aman makmur.
Apabila Rakyat Jahil Memahami Politik Dan Kuasa
Itulah akibat dari kejahilan rakyat memahami erti
kuasa dan politik sebenar. Rakyat setiap lima tahun
mengundi memilih pemimpin yang akan menerahui
kepempinan negara dengan harapan pemimpin yang
terpilih adalah pemimpin bukan perompak harta rakyat
sebagaimana lanun. Lanun merompak secara kejam itu
saja bezanya. Tetapi pemimpin moden hari ini mereka
banyak berselindung dibalik kata-kata manis,
sistem-sistem yang diwujudkan dan juga agensi-agensi
tertentu untuk merompak harta benda rakyat dan negara
guna mengkayakan diri, anak bini, kroni, rakan dan
mereka yang bersekongkol dengan pemimpin. Itulah
bayangan kepimpinan UMNO/BN yang menerajui kepimpinan
negara dan negeri yang mereka kuasai sejak
berpuluh-puluh tahun itu.
Senang untuk kita gambarkan kepimpinan UMNO/BN yang
memegang kuasa, apa jua status kuasa itu sama ada
sebagai PM, TPM, menteri, MB, KM, EXCO, pengerusi
agensi-agensi kerajaan, pengarah dan seterusnya.
Mereka hanya berkira bicara soal politik untuk dapat
kuasa, dengan kuasa dapat pangkat dan kedudukan,
dengan kedudukan tertinggi seperti PM, TPM, MB, KM dan
lain sebagainya boleh sudah kira untung rugi, atur
projek, cari rakan partner dikalangan korporat atau
tauke, kemudian berlarut-larutan bagaimana kumpul
harta, kemewahan dan sebagainya. Mereka tidak merasa
rugi menabur wang 3 atau 4 juta sekali, malah 10 atau
15 juta kepada rakyat atau tempat-tempat strategik.
Tetapi selepas itu mereka juga berangan-angan akan
mendapat untuk berpuluh-puluh kali ganda daripada yang
telah dilaburkan. Rakyat tidak dapat baca dan jauh
sekali untuk faham tentang hal-hal sebegini. Yang
rakyat tahu setiap kali pilihanraya umum atau
pilihanraya kecil aku akan dapat RM50, projek segera
masuk kampung, kain pelikat, zink, tangki air, tanah
kuning dan lain-lain yang kesemuanya akan lusuh, habis
dan lupus hanya beberapa ketika.
Hal-hal ini sewajarnya diputihkan di depan mata
rakyat. Tapi kepimpinan UMNO/BN tidak mahu rakyat jadi
cerdik sampai tahu segala-gala perbuatan pemimpin
mereka. Sebab itu, pelajar di universitipun mereka
mahu kontrol habis-habis agar jangan terikut-ikut para
pelajar yang sensitif dengan masalah-masalah rakyat,
kepimpinan yang salahguna kuasa, kezaliman,
penindasan, rasuah dan sebagainya yang sekarang
terjadi di mana-mana. Hatta di kampung pun amalan
kezaliman, kronisme dan tidak demokratik menjadi-jadi
misalnya untuk mendapatkan bantuan/biasiswa anak-anak,
bantuan PPRT dan lain-lain, antara syaratnya ibubapa
penyokong UMNO/BN atau pembangkang, ahli UMNO/BN atau
BA. Kalau inilah wajah kepimpinan yang ada di Malaysia
10 tahun lagi, sistem demokrasi di Malaysia pasti akan
mati. Bayangkan murid-murid di TADIKA pun mahu
dikontrol oleh kementerian pendidikan. Apa akan jadi
dengan Malaysia selepas ini, sekiranya rakyat Malaysia
tidak bertindak dari sekarang untuk merubah kepimpinan
politik negara ini.
Jangan Menyesal Dikemudian Hari
'Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak
berguna' begitulah bunyi peribahasa kita. Jadi sebelum
sistem negara ini bertambah teruk seteruk-teruknya.
Marilah kita selamatkan dengan merubah kepimpinan
negara sekarang daripada UMNO/BN/Mahathir/Pak Lah
kepada kepimpinan BA yang lebih baik, telus dan
kepimpinan berwajah demokrasi, terbuka dan Malaysia
sebenar. Jangan tunggu Malaysia sampai ke tahap
bangkrapsi angkara kepimpinan UMNO/BN/Mahathir, jangan
tunggu sampai amalan demokrasi dikuburmatikan, jangan
tunggu seluruh sistem kehakiman negara
dikontrolisasikan oleh penguasa berjiwa diktator,
jangan tunggu Aziz pendek terus-terusan merosakkan
sistem pendidikan yang ada, jangan tunggu Rais anak
Yatim menjadikan sistem kehakiman negara ini menjadi
syarikat sendirian berhad, jangan tunggu Pak Lah Badwi
menjadikan polis menjadi polis menjada UMNO/BN,
Mahathir dan dirinya serta anak bini mereka baru
rakyat Malaysia mahu tersedar dan insaf.
Akhirnya, kita mengharapkan rakyat sendirilah yang
wajar memutihkan yang sedia putih dan memutihkan yang
telah dihitamkan oleh UMNO/BN/Mahathir and Kroni's
dalam sistem negara ini. Sekarang pilihanraya kecil N8
Indera Kayangan bakal diadakan, atas dasar kemanusiaan
kita ucapkan takziah kepada keluarga wakil rakyat
MCA/BN yang telah mati dan dapat bersabar. Demi
tuntutan kehidupan dan politik demokrasi kita
hendaklah bersiap sedia untuk merebut kerusi Indera
Kayangan agar tidak lagi diwakili oleh BN. Pastikan
kali ini calon KeADILan/BA berjaya menawannya sebagai
satu landasan menawan Perlis pada pilihanraya umum ke
11 nanti. Seterusnya menutup mulut takbur, pengampu
dan celupar DS Shahidan Kassim. Kita harap dengan
mulut pengampunya itu kali ini dia dapatlah merayu
kepada bapak kaki ampunya Dr Mahathir untuk meletakkan
calon dari UMNO dan calon itu pula adalah adiknya
sendiri atau bini atau suku sakatnya.
Sekian.
Ibn Sabah,
29.12.2001M.