Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Penyelewengan tabong PPRT : mengapa ambil tindakan undang ??

Saya amat sedih dengan tindakan undang2 yang telah di ambil terhadap empat orang pegawai tinggi kerajaan yang di tuduh menyeleweng wang dari Tabong PPRT. Keempat-empat orang yang di tuduh adalah orang Melayu....apa salah nya kalau yang menjadi kaya itu orang Melayu ?? Sekurang-kurang nya telah bertambah empat lagi jutawan Melayu. Sedikit sebanyak ini telah telah menjadi pencapaian kepada Dasar Ekonomi Baru. Orang2 Melayu lain tidak harus iri hati dan cemburu dengan kejayaan mereka ini.

Lagi pun tindakan mereka menyeleweng Tabong PPRT itu hanya mempraktikan dasar kerajaan sekarang : " Kepimpinan Melalui Teladan ". Mereka hanya mengikut teladan pemimpin negara saperti Perdana Menteri dan menteri2 kabinet yang lain yang menyeleweng khazanah negara. Sepatutnya tindakan mereka harus di sanjung tinggi dan menjadi teladan kepada pegawai2 kerajaan yang lain.

Syugia di ingati bahawa keempat2 yang di tuduh itu adalah pegawai2 kerajaan di peringkat tertinggi yang telah menabur jasa kepada nusa, bangsa dan negara - malah tiga dari mereka telah di anugerahkan gelaran Dato atas jasa2 mereka kepada negara. Harus kah kita bersikap habis madu sepah di buang ??

Keempat-empat yang di tuduh adalah orang Melayu berugama Islam. Saya yakin mereka membayar zakat di atas kekayaan yang mereka perolehi. Lagi kaya lagi banyak zakat yang mereka bayar...tidak kah ini menguntungkan tabong baitulmal??

Berdasarkan hujah2 di atas, saya percaya tindakan undang2 tidak wajar di ambil terhadap mereka. Saya berdoa agar tindakan itu hanya acah2 sahaja saperti tindakan yang di ambil terhadap bekas Ketua Pengarah FELCRA yang juga di tuduh menyeleweng RM 40 juta wang FELCRA untuk membeli sebuah bank di Afrika Selatan - Alhamdullillah, sehingga hari ini beliau masih bebas.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 8 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com