Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Bicara Siswa di TV1

Assalamualaikum !!!!

Saya baru sahaja menyaksikan rancangan Bicara Siswa di TV1 pagi ini (8 Dis.20 01). Apa yang saya dapat buat kesimpulan bahawa pihak kerajaan masih tidak dapat menarik atau meyakinkan mahasiswa/wi dan rakyat keseluruhannya.

Ingin saya mengulas di sini bahawa rakyat kebanyakan atau mahasiswa/wi khususnya, bukan tidak mendapat maklumat tepat daripada pihak kerajaan sebagaimana yang selalu diwar-warkan. Kerana kita tahu segala media massa sama ada media elektronik atau pun media cetak semuanya di bawah dagu kerajaan Barisan Nasional. Jadi tidak timbul sama sekali masalah tidak mendapat maklumat yang tepat. Tetapi apa yang saya nampak ialah sejauh manakah ketepatan, kebenaran, kesahihan dan ketelusan maklumat itu sendiri ? Dan yang kedua adalah dari segi kerasionalan hujah atau maklumat yang dikemukakan oleh pihak kerajaan itu sendiri yang nampaknya begitu rapuh, tersasar jauh daripada realiti yang sebenar dan amat mudah dipatahkan walaupun hanya dengan budak sekolah rendah.

Ditambah pula dengan lagak, sikap dan tindakan yang kadang-kadang boleh digelar "cakap tak serupa bikin" dan kadang-kadang boleh digelar "bikin tak serupa cakap". Lihat sahaja gejala rasuah yang membabitkan orang atasan didiamkan sahaja malah cuba disembunyikan.

Penghinaan kepada nabi, perlecehkan ulamak dan seribu macam tindakan lagi malah mungkin berjuta penyelewengan dan kebobrokan yang berlaku. Semua ini telah dan akan sentiasa dilihat dan dinilai oleh rakyat, kerana kita sekarang sudah berada di zaman celik segala-galanya. Setiap maklumat yang diterima oleh rakyat akan dilihat, ditapis dan dinilai terlebih dahulu.

Rakyat sekarang bukan macam zaman dahulu yang boleh dicucuk hidung mereka. Lebih -lebih lagi mahasiswa/wi yang berada di menara gading . Mereka ini adalah golongan ilmuan yang dapat menilai dan menganalisis segala maklumat yang diterima.

Sementara itu, apa yang saya lihat bagi pihak pembangkang, pula mereka dapat melontarkan segala maklumat dan hujah yang meyakinkan lagi rasional selaras dengan realiti masa kini dan secocok dengan nas Al-Quran dan Sunnah. Sebenarnya di sinilah letaknya kelebihan dan kekuatan pembangkang khususnya Pas. Dasar dan perjuangan Pas yang begitu dominan semenjak sekian lama dengan kehendak dan aspirasi rakyat. Mereka bersikap telus, prihatin, ikhlas, bertanggungjawab, tahan diuji, tidak rakus dan tahu pula dosa pahala.

Jadi sudah tentu rakyat, lebih-lebih lagi mahasiswa/wi di menara gading dapat menilai siapakah antara mereka yang benar-benar berada di atas landasan yang betul dan siapakah yang berada di atas landasan yang salah.

Satu soalan yang patut direnung bersama, kenapa pihak kerajaan tidak berani dan amat-amat takut menjemput pihak pembangkang diwawancarakan di TV ??? Kenapa bila timbul sesuatu isu yang melibatkan pembangkang, langsung mereka tidak diberi peluang untuk mengulas atau menjawab semula apa yang ditimbulkan ????? Ini adalah petanda jelas bahawa Umno dan BN memang tidak mahu kebenaran itu tertegak dan kebatilan iitu hancur ........... Betul tak ????

Takbir !!!
Allahuakbar ......
Allahuakbar .......
Allahuakbar ........

Oleh : syubban




        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 9 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com