UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Malaysia Negara Islam ?? - Versi Artikal

Assalamualaikum....

Sudah sampai masanya bagi rakyat Malaysia yang celik akalnya untuk menilai semula sokongan mereka terhadap Umno dan Barisan Nasional yang menerajui kerajaan Malaysia pada hari ini, jika mereka benar-benar ingin melihat keadilan dan ketelusan berjalan di negara ini.

Jika diperhatikan kepada tindak-tanduk para pemimpin Umno dan Barisan Nasional dulu, kini dan selamanya, kita dapati terlalu banyak perkara yang telah mereka lakukan menyimpang jauh dan melampaui batas-batas kemanusiaan dan keagamaan di dalam negara ini, yang mendokong sistem demokrasi kononnya. Lebih-lebih lagi, negara ini telah diisytiharkan oleh Dr. Mahathir Mohamad sebagai sebuah negara Islam.

Oleh itu, adalah tidak wajar sebuah negara yang mengamalkan demokrasi menyekat kebebasan rakyatnya untuk bersuara atau mengkritik kerajaan, sedangkan ia dibenarkan oleh perlembagaan. Kewajipan kerajaan ialah meneliti segala permasalahan yang ditimbulkan dan cuba untuk memperbetulkan segala keterlanjuran mereka dan bukan menangkap dan mengurungnya sesuka hati dengan menghalalkan akta ISA atas alasan menjaga keamanan. Jadi apa gunanya sistem kehakiman dan mahkamah yang ada di negara ini ? Bukankah pada dasarnya seseorang itu tidak dianggap bersalah sehingga terbukti di mahkamah bahawa dia bersalah. Tetapi kerajaan Umno untuk mendakwa mereka di mahkamah, mereka tiada bukti.

Jika dilihat dalam konteks ajaran Islam itu sendiri pun, ia jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar. Ajaran Islam adalah ajaran yang penuh dengan keadilan, toleransi, ketelusan dan tidak menganiaya orang lain walaupun berlainan bangsa dan agama. Lihatlah apa yang berlaku kepada Saidina Ali bila mana baju besinya dicuri oleh seorang Yahudi. Oleh kerana beliau tidak dapat membuktikannya di mahkamah bahawa baju itu adalah miliknya, maka beliau tidak mengambilnya semula sesuka hati walaupun pada hakikatnya memang baju itu miliknya. Beliau tidak menggunakan kedudukannya sebagai khalifah atau pemerintah untuk membelakangkan undang-undang.

Oleh itu, mustahil sebuah negara yang diisytihatkan negara Islam masih mengamalkan ISA atau hanya omongan kosong dan helah Mahathir semata-mata untuk menipu, bukan sahaja rakyat di negara ini, bahkan kepada dunia Islam seanteronya. Sebenarnya mereka tidak menyedari dengan pengisytiharaan negara ini sebagai negara Islam menampakkan lagi kejahilan dan keangkuhan mereka yang menebal dalam usaha mempertahankan kuasa yang ada di tangan mereka, sedangkan dasar-dasarnya jelas bercanggah dengan prinsip Islam yang sebenarnya .

Dan Umno pada hari ini dilihat sebagai parti yang pengecut, takut kepada kebenaran, bersikap berat sebelah dan terkadang dilihat semacam orang gila. Jika kita lihat apa sahaja rancangan yang disiarkan di dalam media massa terutamanya berita, pemimpinnya hanya asyik bercakap, menuduh dan sebagainya tetapi orang yang dituduh tidak dapat pertahankan diri atau menjawab semula apa sahaja tuduhan yang dilemparkan.

Ini diibaratkan perlawanan tinju yang mana lawannya diikat mulut, kaki dan tangannya sedangkan dia membelasah lawannya dengan bebas. Ini adalah tindakan bacul dan bersifat pondan siam oleh kerana tidak mahu kebenaran itu tertegak dan UMNO memang sebuah parti yang anti demokrasi. Dia takut berhujah secara berdepan seperti muzakarah, debat dan sebagainya. Jika di dalam majlis atau forum terbuka, maka soalan yang hendak diajukan mestilah ditapis terlebih dahulu.

Dan apa yang melucukan ialah golongan hamba abdi UMNO yang sanggup menjelajah mencari para alim ulama dan bijak pandai seantero dunia untuk iktiraf rejim Mahathir seperti Syeikh Azhar untuk mengiktiraf Mahathir pemimpin Islam sedangkan mereka orang luar tidak tahu apa yang berlaku di dalam negara ini. Sedangkan mereka tidak diberitahu waqi' atau hakikat yang berlaku walaupun mereka alim ulama terkemuka. Walau bagaimanapun, apa sahaja yang mereka lakukan, seperti kata pepatah kalau batu tetap batu dan dia tak akan bertukar menjadi emas.

Untuk kita mengetahui orang itu bersalah atau tidak di dalam Umno senang sahaja iaitu apabila orang itu jatuh (takde kuasa@jawatan) maka pada ketika itu, kita akan tahu orang itu baik atau sebaliknya. Buat masa sekarang mereka pegang kuasa maka juak-juak mereka tidak berani lebih-lebih lagi Umno yang terkenal dengan " pak angguk "nya.

Jadi UMNO pada hari ini dilihat sudah tidak releven lagi lebih-lebih lagi di era ledakan maklumat ini kerana UMNO boleh diibaratkan seperti kain buruk yang lusuh, reput , berlubang dan diliputi pula oleh najis mughallazah yang berulat. Ia sebuah parti yang tidak boleh lagi diperbaiki, dibersihkan atau disamak.

Buat pengetahuan para pendokong @ penyokong Umno, rakyat keseluruhannya sudah terlalu muak dan loya terhadap gelagak kamu, satu hari nanti, pasti..... pasti... pasti kamu akan jatuh jua. Orang di sekeliling kamu semuanya hanya menunggu masa untuk melihat kamu jatuh dan selepas tu segala penyelewengan kamu akan terbongkar. Buat masa ini buatlah apa sahaja yang kamu nak buat. Hendak tekan rakyat ke, paksa ke, itu memang sudah jadi kerja kamu untuk pertahankan kuasa kamu. Kamu gunalah segala kemudahan yang ada dan buatlah harta kerajaan seperti harta bapak kamu kerana itu memang cara hidup kamu.

Sekian .....






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 29 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com