UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




IKIM dicemari dengan unsur tidak sihat

Assalamualaikum...

Memandangkan IKIM adalah sebuah badan yang didakwa diwujudkan untuk memberi kefahaman Islam yang sebenar, tidak sepatutnya ia dicemari oleh unsur-unsur yang kurang sihat dan tidak mencerminkan hasrat yang sebenar melalui stesen radio ikim.fmnya, dengan hiburan yang agak keterlaluan.

Sejak akhir -akhir ini radio ikim.fm nampaknya dilihat cuba menipu masyarakat Islam di Malaysia dengan menyelitkan lagu-lagu rancak arab yang bertemakan percintaan semata-mata. Mereka mungkin berpendapat rakyat Malaysia tidak tahu menilai dengan menyangkakan itu adalah nasyid. Tetapi sebenarnya ia tidak ada kena mengena dengan nilai-nilai Islam dan amat terpesong jauh daripada landasan syariat. Ini adalah kerana ia adalah hiburan yang melalaikan dan ini bertentangan dengan hasrat IKIM memberi kefahaman yang tulen mengenai Islam kepada masyarakat. Adakah ini yang dikatakan mengikut acuan Malaysia, yang hanya bertopengkan Islam. Bagaimana Islam boleh dicampuradukkan dengan unsur-unsur jahiliah. Adakah langkah ini bertujuan untuk membuktikan Malaysia negara Islam dengan ke udaranya lagu-lagu arab ??? Jangan cuba nak tipu tuhan pulak !!!!

Saya mencadangkan jika pihak ikim.fm benar-benar ingin menjadi radio alternatif buat umat Islam selaras dengan tujuan penubuhan IKIM iaitu memberikan kefahaman Islam yang sebenar, agar dapat mengambil langkah yang sama seperti salah sebuah stesen radio di Kaherah, Mesir iaitu Iza-a-tul Quranul Karim yang hanya menyiarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran di samping menampilkan tokoh -tokoh berwibawa melalui rancangan atau program yang dapat memberikan input yang besar kepada umat Islam di sana serta diselitkan hiburan nasyid yang diberi nafas Islam yang sebenar dengan penghayatan dan panduan berguna buat masyarakat melalui stesen radio yang ke udara 24 jam, 7 hari seminggu tanpa dicampuradukkan dengan bunyi-bunyian muzik.

Kita di Malaysia amat rindukan satu stesen radio atau TV yang benar-benar dapat memenuhi jiwa insani dengan persembahan yang benar-benar mendasar di atas landasan syariat dan bukan yang jenis mencampur adukkan benda yang halal, haram atau syubahat dengan menyiarkan lagu-lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi2 wanita yang hanya bersandar kepada satu dua senikata yang terselit perkataan ilahi atau tuhan. Ini amat mengecewakan kerana apa bezanya radio ikim.fm dengan radio era , radio muzik dan radio2 yang ada di negara kita ini ??? Ini menampakkan pihak ikim.fm terlalu naif dalam membawa mesej Islam yang sebenar.

Jika kita ingin mengetahui benar atau tidak radio ini mengikut syariat, cuba kita pasang di masjid, adakah ianya sesuai ?? Kerana radio Iza-a-tul Quranul Karim di Mesir sampai boleh di pasang di masjid bagi mengimarahkan masjid itu sendiri dengan ayat suci yang ke udara melalui corong radio.

Dan satu perkara lagi, dalam rancangan Salam Ramadhan yang dibuka kepada pendengar untuk menyampaikan ucapan kepada umat Islam yang lain baru2 ini, pihak ikim.fm telah bertindak memutuskan talian telefon jika ada pendengar yang ada menyebut nama pemimpin-pemimpin pembangkang walaupuan bukan bertujuan politik ketika ke udara. Di manakah ruh Ramadhan dan semangat hari raya yang dianjurkan supaya bermaaf-maafan. Sepatutnya radio ikim.fm tidak menunjukkan sikap permusuhan sesama Islam dan bertindak secara matang walaupun di bawah telunjuk Dr. Mahathir. Kalau ini tidak dapat diubah memang patut badan ini digelar Institut Kefahaman Islam Mahathir.

Sekian , wassalam.....

SM






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 30 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com