Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


KMM, pejuang Islam dan negara Islam

Alamatkan surat anda kepada:

Warta Darul Iman
Tingkat Atas U2,
Bangunan Dewan Undangan Negeri,
Wisma Darul Iman, 20503 Kuala Terengganu
atau Tel: 09-6231957 sambungan 2268
Fax: 09-6267732
e-mel: upknt@terengganu.gov.my


Apakah hukum tindakan pihak Kerajaan Pusat menahan apa yang didakwa Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM)? Benarkah KMM dikategori sebagai pemberontak dalam kerajaan?
– Abdul Jalil Abdul Kadir, Marang, Terengganu.

Manusia dikira tidak bersalah sebelum ia disabitkan kesalahan. Sesuatu hukuman tidak boleh dikenakan sebelum disabitkan kesalahan melalui proses pengadilan yang asli menurut kaedah Islam. Belum dapat dipastikan KMM dikategorikan sebagai pemberontak kerana belum ada perbicaraan secara terbuka sehingga saat ini.

Apakah ciri-ciri pejuang Islam yang sebenar ?
– Khalijah Abdul Rahman, Kuala Terengganu.

Antara ciri-ciri pejuang Islam ialah keikhlasan, kefahaman yang mendalam, berpegang teguh dengan prinsip Islam.

Di zaman teknologi internet ini kemungkinan majlis perkahwinan boleh dilangsungkan melalui internet atau sidang video dengan cukup syarat rukun perkahwinan. Apakah hukumnya perkahwinan sedemikian?
– Ismail Jusoh, Kemasik, Kemaman.

Sebarang perkahwinan yang cukup syarat rukunnya adalah dikira sah. Penggunaan kemudahan teknologi semasa, kiranya ia boleh memberi keyakinan dan bebas dari sebarang penipuan maka ia adalah sah.

Beberapa fatwa dan seruan kepada umat Islam dibuat oleh beberapa ulama dunia berkenaan penggunan barangan keluaran Amerika Syarikat termasuk yang disiarkan di Internet.

a) Adakah ia dikira sebagai fatwa yang sah ?

b) Adakah haram jika umat Islam membeli, mengguna atau menjual barangan keluaran negara berkenaan.

c) Apakah reaksi yang sepatutnya dilakukan oleh umat Islam khasnya di Malaysia terhadap fatwa-fatwa yang sama dan biasanya keluar di laman-laman web? Adakah dengan cara baca sendiri dan kemudian amal atau bagaimana?

d) Adakah perlu bagi ulama-ulama tempatan untuk memberi penjelasan atau garis panduan agar umat Islam khasnya di Malaysia dapat membuat keputusan yang betul mengikut hukum Islam terhadap perkara tersebut ?
– Silahudin, Dungun, Terengganu.

a) Setakat ini saya belum melihat pandangan atau fatwa-fatwa tersebut.

b) Umat Islam di saran tidak membantu musuh Islam, malahan ada yang mengatakan ianya adalah haram.

Membeli barangan musuh Islam, melancong ke negeri mereka adalah merupakan sokongan kepada ekonomi mereka maka ianya juga adalah dilarang.

c) Allah telah memberi akal fikiran kepada kita dan memberi kemampuan untuk menambah ilmu, oleh itu sebarang pandangan, pendapat yang diketengahkan samada tulisan, syarahan, forum dan sebagainya hendaklah ditapis dengan menggunakan ilmu, pengalaman dan kalau perlu belajar untuk menambahkan ilmu. Setelah itu barulah beramal dengannya, jangan jadi pak turut semata-mata.

d) Ulama berkewajipan menjelaskan hukum hakam Islam yang sebenar dengan ikhlas kepada masyarakat tanpa takut dan bukan untuk kepentingan peribadi.

Bolehkah sesebuah negara itu dikatakan negara Islam sedangkan hukum Islam tidak dilaksanakan ?
– Sharifah Radhiah Syed Ahmad, Kelang, Selangor.

Tidak boleh dikatakan sesebuah negara itu negara Islam jika ia tidak melaksanakan hukum Islam, malah boleh dipanggil sebagai negara umat Islam sahaja.

Apakah ucapan yang berkaitan hukum Islam, negara Islam, pemimpin Islam dan Undang-Undang Islam dalam khutbah jumaat itu bercanggah dengan Islam kerana dianggap cakap politik seperti yang digembar-gemburkan? – Tuan Muhyidin Tuan Endut, Kuala Terengganu.

Itulah sebenarnya dan sepatutnya kandungan khutbah Jumaat yang mestilah disampaikan setiap minggu. Islam merangkumi semua bidang kehidupan manusia, politik kepimpinan, ekonomi, sosial, jual beli dan lain-lain lagi, terlalu banyak ayat-ayat Al-Quran dan Al-Sunnah memperincikan perkara-perkara tersebut.

.............................................
Warta Darul Iman : Soal-Jawab bersama Mufti Terengganu Asy Syeikh Abdul Halim Abdul Kadir




        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 27 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com