UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Perang Afghanistan dedahkan UMNO golongan munafik

Assalamualaikum wm wbt,

Perang Afghanistan dedahkan UMNO golongan munafik

“Hah…apa macam, Taliban dah kalah teruk,” kata seorang penyokong UMNO sambil beliau ketawa terbahak-bahak. Beliau sangat gembira kerana tentera kuffar, Amerika Syarikat bersama sekutunya tentera munafik, Pakatan Utara (Northern Alliance) telah berjaya menghapuskan kerajaan Islam Taliban di Afghanistan. Kebetulannya saya baru membaca mesej perpisahan laman web Azzam Publications (http://www.azzam.com) dan saya menggunakan mesej tersebut untuk menjelaskan kepada penyokong UMNO tersebut akan keadaan yang sebenarnya.

Saya mulakan dengan membahaskan bahawa Amerika Syarikat dan Britain berselindung disebalik helah memerangi keganasan untuk sebenarnya memusnahkan agama Islam dan membunuh umat Islam secara berperingkat-peringkat. Berhubung dengan kekalahan awal yang dialami oleh tentera Islam Taliban, saya mengingatkan penyokong UMNO itu kepada Ayat 214 dari Al Baqarah seperti berikut:

Terjemahan: “Apakah kamu ingat bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepada kamu dugaan (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka kemiskinan dan kesengsaraan serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: ‘Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat” (Al Quran, Surah Al Baqarah Ayat 214).

Samada dia tersilap dengar atau dia kurang membaca Al Quran, kenalan saya si penyokong UMNO itu telah bertanya,”Al Baqarah ni..errr...adakah ianya salah satu dari kumpulan pengganas Islam?”. Saya menahan diri dari mengetawakan beliau.

Saya bertanya tidakkah pernah beliau mendengar Al Baqarah itu disebut di mana-mana? Dia menjawab dia hanya pernah dengar disebut kumpulan pengganas Islam seperti Al Qaeda, Hizbollah, Hamas, “But this Al Baqarah terrorist group is something I’ve not heard before.” (‘Tetapi kumpulan pengganas Al Baqarah ini saya belum pernah mendengar sebelum ini”).

Mujurlah saya tidak ketawakan si penyokong UMNO kenalan saya itu sebab dia memang jahil dan tak elok kita ketawakan orang yang jahil itu. Orang macam ini perlu pertolongan dan jangan kita ketawakan.

Saya pun menjelaskan kepada penyokong UMNO itu bahawa Al Baqarah bukan nama kumpulan Islam, tetapi adalah surah kedua dalam Al Quran.

Saya menegaskan kepada beliau bahawa Amerika Syarikat hanya berhelah dalam memerangi keganasan, dan sasaran Amerika Syarikat yang sebenarnya adalah untuk memusnahkan agama Islam; untuk meratah dan melanyak umat Islam secara berperingkat-peringkat dengan hasrat agar umat Islam yang goyang keimanan mereka akan hilang keyakinan terhadap Allah SWT dan akan patah semangat, sementara yang lemah iman akan murtad. Malah ramai pemimpin negara-negara Islam boleh dikatakan sudah jatuh murtad kerana menyokong puak kuffar Amerika Syarikat yang begitu nyata sedang memerangi agama Islam dan membunuh umat Islam secara rambang itu.

Saya menegaskan lagi bahawa Amerika Syarikat, Britain dan puak Yahudi akan terus dan tidak berhenti-henti memerangi Islam. Bukankah dalam Al Quran telah difirmankan, dan juga dalam Hadith telah disabdakan bahawa sehingga kiamat puak Nasrani (Kristian) dan Yahudi tidak akan berpuashati selagi orang Islam tidak murtad dan mengikut jalan mereka yang sesat itu?

Oleh itu tidak guna bagi Dr Mahathir Mohamed dan orang-orang UMNO serta pemimpin negara-negara Islam yang lain untuk membodek puak kuffar Amerika Syarikat dan Britain kerana walau bagaimana dibodek pun puak kuffar ini sehingga kiamat pun tidak akan berpuashati selagi mereka tidak dapat memurtadkan atau sekurang-kurangnya memesongkan akidah umat Islam.

Saya menegaskan seterusnya bahawa peperangan untuk memusnahkan Islam yang diterajui Amerika Syarikat ini akan berlarutan, tetapi kita umat Islam dimestikan untuk yakin sepenuhnya bahawa selepas dicuba dengan bermacam dugaan, umat Islam pasti akan akhirnya diberi kemenangan oleh Allah SWT. Bukankah Allah SWT telah berfirman dalam Al Quran seperti berikut:

Terjemahan: “Dia-lah yang mengutus Rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar agar Dia memenangkannya di atas segala agama-agama meskipun orang-orang musyrik benci.” (Al Quran, Surah Ash Shaff, Ayat 9).

Kekalahan Islam pada masa ini di tangan tentera kuffar Amerika Syarikat dan Britain sebenarnya hanyalah suatu cara bagi Allah SWT untuk mendedahkan golongan yang sebenarnya adalah munafik. Dalam keadaan umat Islam diratah-ratah dan dibunuh secara rambang oleh puak kuffar di Afghanistan, Palestine dan Mindanao atas helah memerangi keganasan, maka golongan munafik yang mengaku diri mereka Islam itu sudah pun muncul menunjukkan belang mereka yang sebenarnya dengan menyebelahi tentera kuffar.

Berdalilkan Al Quran dan Hadith boleh dirumuskan bahawa Dr Mahathir dan orang-orang UMNO termasuk dalam golongan munafik kerana menyokong Amerika Syarikat yang memerangi Islam. Malah orang UMNO sudah pun murtad. Tapi ini urusan Allah SWT, dan hanya Allah SWT sahaja yang menentukannya. Allahualam.

Yakinlah wahai kaum Muslimin yang yakin sepenuhnya kepada Allah SWT bahawa kekalahan Islam pada masa ini diatas tangan Amerika Syarikat dan Britain dengan dibantu oleh golongan munafik hanyalah suatu cobaan demi untuk menyediakan umat Islam untuk muncul akhirnya dengan kemenangan yang mutlak. Kekalahan di peringkat awal ini secara tidak langsung telah memisahkan dengan jelas mereka yang benar-benar Islam dengan puak-puak munafik (seperti UMNO). Kekalahan di awal ini juga telah memberi peluang kepada ramai umat Islam untuk mati syahid. Alangkah beruntungnya umat Islam Taliban dan Al Qaeda yang telah mati syahid itu.

Malangnya di akhir perbualan kami, si penyokong UMNO itu masih tidak yakin bahawa tentera Islam dengan pertolongan Allah SWT akhirnya akan dapat mengalahkan superpower seperti Amerika Syarikat. Apa boleh buat kalau dia tidak yakin kepada Al Quran dan firman Allah SWT bahawa Allah SWT akan memenangkan Islam di atas segala agama-agama.

Kita tunggu apakah langkah selanjutnya yang akan dilakukan oleh Dr Mahathir dan UMNO untuk menyekat kebangkitan Islam di tanah air, dan apa pula jenis sokongan yang seterusnya yang akan dihulurkan secara terang-terang atau di belakang tabir oleh UMNO kepada puak kuffar Amerika Syarikat dalam memerangi Islam di seluruh pelusuk dunia.

Ingatlah wahai Dr Mahathir dan orang-orang UMNO bahawa perbuatan membantu golongan kuffar yang memerangi umat Islam itu akan mengakibatkan kamu jatuh murtad, yang seterusnya menjadikan harta peninggalan kamu diharamkan bagi anak-anak kamu untuk mewarisinya, dan mayat-mayat kamu pula tidak boleh pula dilakukan sembahyang jenazah. Ingatlah dan insaflah.

Bukan niat saya mengkafirkan orang-orang UMNO tetapi sekadar memberi peringatan kepada mereka akan bahaya di sisi agama Islam kalau menyokong puak kuffar dalam memerangi umat Islam. Saya merayu kepada orang-orang UMNO supaya kembali ke jalan yang diredha oleh Allah SWT. Mari kita bersatu menentang tentera kuffar Amerika Syarikat dan Britain yang berniat jahat terhadap agama Islam.

Akhirnya saya berdoa’ semoga Allah SWT selamatkan orang-orang UMNO dari terus menjadi munafik dan murtad kerana menyokong Amerika Syarikat dan sekutunya membunuh umat Islam di Afghanistan, Mindanao dan Palestine.

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!

Tarabulsi

Jumaat 13 Syawal 1422
28 Disember 2001






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 29 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com