Assalamualaikum wm wbt,
Kolloborasi KL-Washington dalam penghukuman ke atas Al Maunah???
Maka tiga ahli Al Maunah yang terlibat dalam sandiwara
rampasan senjata di Sauk telah dihukum mati oleh
Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur pada 28 Disember, 2001
sementara 16 ahli kumpulan tersebut yang lain dihukum
penjara sepanjang hayat. Dan saya pun menerima
maklumat (yang belum dapat disahkan kesahihannya) yang
mendakwa kononnya ada kolloborasi (kerjasama) antara
Dr Mahathir dan Presiden Bush dalam hukuman yang
dijatuhkan oleh mahkamah ke atas ahli-ahli Al Maunah
itu.
Kolloborasi KL - Washington??? Kolloborasi macam mana
pula tu?
Begini. Kononnya Presiden Bush telah memberi arahan
kepada bonekanya, Dr Mahathir supaya dilakukan secepat
mungkin penghukuman ke atas Al Maunah; yang sudah pun
dicap (seperti yang dikehendakki oleh Amerika
Syarikat) sebagai kumpulan pengganas Islam yang
kononnya cuba merampas kuasa untuk menubuh negara
Islam di Malaysia.
Kononnya Presiden Bush telah juga mengarahkan Dr
Mahathir supaya hukuman mati atau penjara sepanjang
hayat seperti yang diperuntukan oleh undang-undang
mesti dikenakan, dan mahkamah janganlah menjatuhkan n
hukuman yang ringan atas apa sebab pun.
Apa muslihat Presiden Bush?
Hukuman mati dan penjara sepanjang hayat ke atas
kumpulan ekstremis Islam oleh Malaysia, sebuah negara
OIC yang majoriti rakyatnya beragama Islam, akan
memudahkan Amerika Syarikat untuk menjatuhkan hukuman
yang serupa ke atas ramai umat Islam yang telah
ditangkap atas tuduhan terlibat dalam serangan
September 11, 2001 ke atas WTC-Pentagon.
Amerika Syarikat juga boleh tanpa teragak-agak untuk
menjatuhkan hukuman mati atau penjara sepanjang hayat
ke atas umat Islam yang dituduh terlibat dalam
aktiviti kumpulan pengganas Islam seperti Al Qaeda,
Hamas, Hezbollah dan lain-lain.
Sekiranya ada negara Islam yang membantah hukuman
keras yang bakal dikenakan oleh Amerika Syarikat ke
atas pejuang-pejuang Mujahideen Islam yang
ditangkapnya, maka Amerika Syarikat boleh merujuk
kepada hukuman yang dijatuhkan oleh Kerajaan Malaysia
ke atas Al Maunah. Dengan memperalatkan kes Al Maunah
di Malaysia pihak Amerika Syarikat boleh menyangkal
apa jua dakwaan bahawa ianya bersikap zalim ke atas
umat Islam yang ditangkapnya dengan menjatuhkan hukum
mati ke atas mereka.
Arahan Presiden Bush kepada Dr Mahathir itu dikatakan
sesuai pula dengan perancangan Dr Mahathir. Maka salah
seorang ADUN Perlis dari parti MCA yang sudah lama
mati tetapi 'dihidupkan' dengan life support system
telah dicabut plug sistem tersebut untuk dimatikan.
Seterusnya Al Maunah pun dihukum di mahkamah dan ini
akan mengingatkan pengundi Cina dan India di Perlis
dalam pilihantraya kecil yang akan diadakan nanti
kepada 'bahaya' mengundi BA yang diterajui oleh parti
Islam PAS. Orang Cina yang telah selama ini
ditakut-takutkan oleh UMNO terhadap Islam, dan telah
menjadi bertambah takut terhadap Islam setelah
peristiwa serangan September 11 WTC-Pentagon, dikira
akan hampir seratus peratus menyokong BN.
Dalam perkiraan BN, kekalahan BN di Lunas tidak akan
berulang di Perlis kerana kini kaum Cina dan India
telah berjaya ditakut-takutkan terhadap Islam. Maka
penghukuman Al Maunah di waktu ini akan mengingatkan
kaum Cina dan India akan 'bahaya' Islam semasa mereka
keluar nanti untuk mengundi di pilihanraya kecil di
Perlis. Dalam pada itu pula penghukuman ke atas Al
Maunah boleh memenuhi arahan yang diterima dari
Presiden Bush.
Pintar betul Dr Mahathir ye? Pintar sebagai 'evil
genius'.
Seperti yang saya nyatakan diatas, maklumat
kolloborasi KL - Washington dalam penghukuman ke atas
Al Maunah belum dapat dipastikan kesahihannya. Tetapi
kemungkinan wujudnya kolloborasi sedemikian rupa
anatara Bush dan Mahathir tidak boleh pula
diketepikan. Entahlah. Allahualam.
Berhubung dengan ahli-ahli Al Maunah yang di hukum
mati dan penjara sepanjang hayat itu pula, adakah
mereka akan sebenar-benarnya menjalankan hukuman. Atau
pun mereka akan secara senyap-senyap diseludup keluar
ke Australia atau Amerika Syarikat untuk 'ditahan'
disana dengan elaun bulanan dan serba kemewahan
seperti yang disebarkan dalam khabar-khabar angin yang
kita dengar sejak dulu lagi. Entahlah. Allahualam.
Ada satu yang pasti. Kalau betul wujud kolloborasi KL
- Washington itu, maka Sandiwara Sauk sudah naik taraf
dari local production menjadi Hollywood production. Ha
ha ha.
Allahu Akbar!!! Allahu Akbar!!! Allahu Akbar!!!
Tarabulsi
Sabtu 14 Syawal 1422
29 Disember, 2001.