Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Siapa dibelakang TepakBersulam

Daripada sumber yang hampir Sik, Kedah, Tepak telah menjadi setpol kuat kepada Dr Karim Mansur. Tepak telah dibantu sebelum ini dalam perniagaannya, membuka beberapa buah syarikat untuk mengaut kekayaan malah dia sendiri telah banyak mendapat keuntungan daripada kelulusan MB Selangor dengan menggunakan nama Dr Karim Mansur.

Alasan yang diberi oleh Dr Karim ialah Tepak seorang yang berpegaruh untuk membantu UMNO serta menguatkan kempen Dato' Khir yang kian pudar akibat asakan pembangkang terutamanya daripada Dr Hassan Ali.

Dalam satu perjanjian yang telah dibuat. Tepak telah diberi saguhati (rasuah) sebanyak RM 1.5 juta berbentuk saham dan kontrak atas angin. Daripada sumber tersebut saham bernilai RM 400,000 telah pun diberi dan Tepak telah menerimanya pada akhir ramadhan sebelum dia balik cuti ke kampung.

saham ini adalah dikatakan kerena penglibatan Tepak dalam mengendalikan satu majalah untuk menyerang peribadi Lutfi iaitu 'Memo 15'. Membina satu laman web untuk menyerang Lutfi, termasuk kos untuk membeli domain bagi membuat satu laman Detik palsu sebagaimana Memo 15 dahulu.

Kerja-kerja ini diberikan kerana kesungguhan Tepak telah membantu UMNO Sik untuk membina laman web untuk menghentam Prof. Shahnon Ahmad dan juga pernah membina laman Puteri UMNO Bahagian.

Dalam perjanjian tersebut Tepak dikehendaki tidak sekali-kali ada dalam mana-mana majlis yang dihadiri oleh Dato' Khir Toyo.

Dari sumber yang sama jika Tepak berjaya menghalang Lutfi daripada membuat serangan media, wang saguhati ½ juta lagi akan diberikan. Mendapat sumber daripada terdekat, Tepak telah bertemu dengan beberapa orang KDN juga rapat dengan setpolnya, cuba mempengaruhi agar Datuk Abdullah Badawi mengambil tindakan tegas serta menyekat sedaya upaya pergerakan Lutfi.

Difahamkan Paklah telah pun mengarahkan 'orang-orangnya' untuk menyekat BPR untuk membuat siasatan lnjut terhadap Dato Khir. Orang-orangnya juga dikatakan telah menguat kuasakan sekatan yang lebih terhadap penerbitan Lutfi. Satu tindakan yang agak drastik akan diambil tak lama lagi.

Satu lagi misi yang perlu dilakukan oleh Tepak ialah memfitnah beberapa orang Exco kanan agar, fokus isu penyelewengan dan rasuah ini tidak terlalu dibincangkan. Mereka juga dikehendaki menyerang beberapa orang musuh politik dalam iaitu Dato Dr Zainal, Sharif Jajang dan Dato Mokhtar Dahlan.

Idea terbaik ialah membuat fitnah kononnya mereka inilah yang memberi rasuah kepada Lutfi untuk menjatuhkan Khir Toyo. Memang orang UMNO sudah tahu ketiga-tiga orang tersebut tidak sebulu dengan dato Khir apatah lagi Khir adalah hingusan dalam UMNO yang naik dengan rasuah serta politik wang. Jadi fitnah ini akan mudah dilihat dan memang akan mudah dipercayai.

Apapun menurut sumber yang rapat, Tepak bertungkus lumus untuk melabelkan Lutfi dengan bermacam-macam andain semata-mata untuk menghilangkan fokus sebenar isu penyelewengan. Isu penyelewengan tidak mampu dijawab kerena mempunyai bukti yang kukuh. Jangan kata Tepak nak menjawab Dato' Khir sendiri pun tak mampu untuk mempertahankannya, lihat sahaja dalam temubual di TV dan akhbar, Khir hanya menyalahkan orang lain, membabit MB terdahulu serta kononnya ada orang nak jatuhkannya. Tidak pernah Khir menjawab isu yang dibawa oleh Lutfi.

TepakBersulam adalah manusia UMNO yang bersungguh mempertahankan Khir Toyo demi sedikit habuan, apakah dia sedar bahawa wang hasil perniagaan dan makan minum anak isteri adalah wang haram daripada perbuatan fitnah kepada seorang penulis politik yang berwibawa dan berprinsip yang masih ada dan boleh bertahan di nagara kita yang serba kepincangan.

ex-UMNO
Sik
Kedah






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 20 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com