UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Sokong tulisan ex-UMNO; Memang TepakBersulam Penjilat !

Setelah membaca tulisan ex-UMNO dari Sik Kedah, saya tertarik untuk membuat sedikit ulasan tentang juak-juak Khir Toyo yang melampau-lampau dalam tulisan mereka.

Sebagai seorang peminat kepada tulisan politik Sdr Lutfi, saya mengikuti perkembangan penulisannya semenjak dia mula lagi dibuang daripada kampus.

Setahu saya Lutfi pernah bekerja sebagai Ketua Editor Harakah dengan gaji RM 800.00 sedangkan pada masa itu dia ditawarkan oleh akhbar Watan dengan gaji RM 3,400.00. Akhirnya tawaran tersebut telah diterima oleh Zin Mahmood yang sekarang ini dah jadi orang kuat ZAM.

Jikalah benar Lutfi mata duitan seperti yang dimaksudkan tentu Lutfi akan kejar pangkat dan wang ringgit tinggal Harakah sebagaimana Zin Mahmood lakukan.

Kalau kita kaji semua penulisan-penulisan Lutfi kita akan lihat bahawa ramalan politiknya cukup berkesan, tepat dan banyak bukti dan menunjukkan penulisannya penuh dengan fakta-fakta jelas bukannya fitnah dan rekaan.

Jadi dalam kes Khir Toyo adalah mustahil untuk Lutfi nak buat fitnah sedangkan nama telah tercatat sebagai seorang penulis politik yang berprinsip.

Misalnya kita ambil contoh penulisannya tentang krisis Dr Mahathir denga Sdr Anwar; Lutfi telah menulis lebih daripada 2 tahun sebelum kejadian itu berlaku (saya rasa baik TepakBersulam balik baca semua buku lama Lutfi sebelum dia merapu tak tentu hala). Juga diberitakan bahawa Ummi Hafida sendiri 2 kali berjumpa dengan Lutfi untuk menulis mengenai surat layangnya.

Tapi sebagai seorang yang berprinsip sepatutnya Lutfi terimalah tawaran Ummi Hafida yang lumayan itu. Tapi Lutfi kekal dengan prinsipnya tetap tak mahu bersubahat dengan fitnah yang maha dahsyat, sedangkan pada masa itu saya rasa Lutfilah satu-satunya manusia yang menulis buku Krisis Mahathir-Anwar.

Saya nak tanya Tepak, kenapa Lutfi tak ambil tawaran itu jika Lutfi seperti yang digambarkan sebagai seorang penulis upahan?. Kenapa buku itu ditulis oleh seorang yang tidak dikenali seperti Khalid Jeffri? Jangan buat sedap cakap aje, jangan terlalu taksud atau memang anda seorang penjilat !

Kita kenal Lutfi sebagaimana abangnya Dinsman yang berprinsip. Dahulu Dinsman orang kuat Mahathir, menulis sajak berjela-jela puji Mahathir tapi dalam kes-kes terkemudian Dinsman telah berpaling tindak menyokong UMNO. Dinsman kuat dengan prinsip samada zaman UMNO dan BA. Dulu dialah yang mebuat editing untuk buku-buku politik S. Husin tapi bila S. Husin menulis dalam satu buku bahawa Ust Asyaari akan menjadi perdana ke-5 dengan sedikit bayaran daripada pengikut ta'asud al-alqam maka Dinsman tidak lagi mengedit buku-buku politik S. Husin. Dia memang tegas seorang penulis boleh menulis untuk menyokong sesiapa sahaja tapi penulis tak boleh dibeli !

Adalah mustahil Dinsman boleh duduk sebumbung dengan Lutfi jika dia tahu Lutfi telah makan rasuah untuk jatuhkan Khir Toyo. Bukan kita tahu Dinsman juga ada ramai kawan-kawan, yang juga kawan-kawan kepada Khir Toyo !

Saya rasa TepakBersulam bertaubatlah sebelum anda menemui ajal, jangan mengkhianti sesama bangsa. Jangan jadi manusia penegak kebathilan. Jangan jadi PENJILAT !!!

Cyber-Co






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 23 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com