UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Isu Khir: Jangan Mudah Buat Tuduhan

Saya hairan bagaimana TepakBersulam boleh dibenarkan membuat spekulasi tidak berasas tentang siapa yang memberi maklumat kepada Ahmad Lutfi mengenai dakwaan rasuah Dr Khir Toyo itu.

Pertama, Tepak menyebut tentang nama-nama Exco Selangor, hairannya macam mana boleh timbul nama Dr Zainal Dahlan sebagai Exco, yang ada Dr Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Menteri Besar Selangor.

Yang keduanya, tentang perjumpaan untuk menjatuhkan Khir. Awalnya disebut di Selatan Thailand dan Lutfi dikatakan telah dibayar 3/4 daripada bayaran ratusan ribu yang dijanjikan. Kemudiannya disebut bahwa konspirasi itu bertukar ke Medan pula, dengan seorang lagi Mokhtar Dahalan menarik diri. Tetapi seterusnya dikatakan Bendahari Umno Subang pula yang membocorkan rahsia itu kepada Lutfi.

Lagi bertambah pelik bila disabitkan lebih ramai Exco, dan yang paling hebat dituduh ialah Shariff Jajang. Saya minta Tepak hentikan saja tuduhan demi tuduhan ini. Kalau seseorang itu mahu berkonspirasi, mereka tidak akan berpakat sesama Exco untuk menjatuhkan Khir. Konspirasi seperti ini hanya akan berlaku antara Lutfi dan seorang yang lain, tidaklah sampai begitu ramai.

Bagaimanapun apabila saya meneliti laporan yang dibuat oleh Lutfi, kita tidak boleh dengan sembrono menuduh segalanya adalah fitnah. Beliau membawa bukti yang cukup kuat untuk ditolak begitu saja, malah yang terakhir ini, beliau mengemukakan semua dokumen bertulis tentang jualbeli tapak banglo di Seksyen 2, Bandar Baru Bangi, yang dibeli oleh Khir sebagai Pengerusi

PKNS, siap dengan nombor cek dan semua surat menyurat mengenai perkara itu telah ditunjukkan Lutfi kepada media. Bagi saya, konspirasi menjatuhkan Khir bukan lagi terhad di kalangan pihak atasan, tetapi membabitkan pegawai, malah kerani pejabat-pejabat tanah, misalnya Ibu Pejajat JKR Sabak Bernam, PKNS Petaling Jaya, dan Ibu Pejabat JKR negeri. Kita harus berlapang dada dengan itu ini, jangan terlalu melatah sehingga masalah dalaman Umno sendiri terburai keluar. Ini bukan caranya, iaitu dengan mengadu-domba sesama sendiri, melalui laman web Umno sendiri pula.

Saya harap kita bertenang, tunggulah laporan BPR, jangan kita lebih sudu dari kuah pula.

Awang Sulong






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 30 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com