UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




TepakBersulam tak ada lain kerja hanya maki hamum aje

Saya sering mengikuti berita skandal MB Selangor,saya mulanya tidak percaya kerana tentu MB mpy ramai musuh yg ingin menjatuhkan beliau.Namun begitu saya hairan kenapa MB dan penyokong2 beliau langsung tidak menjawab segala pertuduhan2 yg dilemparkan keatas beliau tetapi melencong kpd isu2 yg lain.Kalau adapun jawapan yang diberikan ia tidak begitu jelas ataupun bersandarkan fakta.Rasanya tak perlulah saya berikan contoh2 kerana pembaca yg sering mengikuti perkembangan skandal ini akan faham.Lagi satu,secara logiknya kalau seseorang itu tidak mempunyai asas dan bukti yg kukuh,tentu takut untuk melaporkan kepada BPR!Tetapi ini tidak berlaku kepada Lutfi malah setiap tuduhan beliau disertakan sekali dengan bukti dan dokumen yg terlibat..peliknya BPR masih lagi tidak mengumumkan sebarang perkembangan kes ini..ada asas kukuh atau sekadar tuduhan @ fitnah.Saya juga sering membaca tulisan saudara Tepak Bersulam..boleh dikatakan beliau langsung tidak menjawab setiap pertuduhan tetapi lebih kepada mengutuk dan memaki hamun Lutfi..yg kelakarnya sanggup mereka laman web palsu Detikdaily..inikah yg dikatakan insan yg bermaruah? Kalau saudara yakin saudara benar..cubalah saudra pertahankan MB kita dengan penuh berhikmah,apa salahnya dgn sopan dan berbudi bahasa,ini tidak..malah menyakitkan hati dan memalukan kami pendokong Umno..dahlah tanpa asas dan bukti yg jelas malah melencong pd perkara2 yg memalukan Umno sendiri..malah melibatkan tokoh2 yg kita tahu memang berwibawa dan jauh lebih berpengalaman dpd MB sekarang..ini pasti akan mendedahkan Umno Selangor ke tahap yg merbahaya..sokong membawa rebah.

Rasanya kes ini biarlah kita serahkan kpd mereka yg layak iaitu BPR..kalau MB kita bersih buat apa kita nak Takut..tapi nampak gayanya seolah2 MB memang terlibat dgn kes tersebut.Saya open minded,kalau beliau terlibat..saya nasihatkan letaklah jawatan dan bertaubat tetapi kalau tidak terlibat, sila buktikan yang anda(MB)bersih sebersihnya..jgnlah cuba utk mengelirukan keadaan..sekarang rakyat Selagor saya percaya berada dlm keadaan 'pening'..mana yg hendak dipercayai..individu yg melapor dgn bukti kukuh atau yg dilapor yg tidak menjawab dgn jelas..tepuk dada tanya selera..

A.Rahim Panjang






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 31 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com