Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


TepakBersulam keliru, emosi dan berhujah tanpa fakta yang jelas

Pada mula saya tak berhasrat untuk menulis mengenai isu artikal daripada TepakBersulam yang tersiar di laman-laman reformasi, termasuk laman Tranung Kite.

Sebenarnya tak ada apa yang istimewa daripada apa yang ditulis oleh Tepak melainkan satu tulisan yang keliru, seberono tanpa fakta yang jelas. Penulisan begini datang daripada sifat marah yang meluap tanpa usul periksa dan berhujah dengan emosi.

Saya ambil beberapa contoh daripada penulisan beliau yang tidak mempunyai fakta yang jelas dan contoh saya ini saya tak mahu kaitakan dengan apa yang berlaku dengan Sdr Lutfi dan pembabitan isu rasuah Dato' Seri Khir Toyo. (Maaf TepakBersulam saya mula membaca artikal saudara selepas menerima email saudara)

Tepak ada menulis dalam satu artikal yang panjang kononnya Sdr Lutfi telah mengodam (hack) lamannya sendiri supaya pengunjung menyangkakan perbuatan jahat daripada kumpulan Khir Toyo sedangkan kata Tepak, Lutfi tak boleh nak berhujjah bila dia dan rakan-rakannya mula menbongkar fitnah Lutfi.

Saya tak tahu sejauh mana kepakaran Tepak ini dalam mengendalikan laman web (Tepak ini ada laman sendiri yang bernama 'Barisankita') sehingga dia boleh membuat kenyataan sedemikian dalam artikalnya. Setahu saya laman Detikdaily tak pernah di'hack' hanya Tepak sahaja keliru dengan dua laman yang sedia ada. Satu laman Detikdaily (http://detik.daily.tripod.com) yang dikendalikan oleh Sdr Tok Ayah (bekas Webmaster Tranung Kite) dan satu lagi laman Pemuda99 (http://detikdaily.tripod.com) yang dikendalikan oleh Pembantu webmaster Detikdaily Sdr Zabidi. Saya juga difahamkan bahawa ada dua URL yang membezakannya hanya nortah adalah bertujuan mempertahan laman Detikdaily jika di'hack'. (Saya rasa Tok Ayah cukup mahir dalam perkara ini, kerana sebelum ini Tranung Kite selalu diserang oleh hacker).

Apakah kenyataan pedas, kotor dan jijik dalam tulisan saudara Tepak terhadap Lutfi yang meng'hack' lamannya bukan merupakan fitnah ?? Cermin diri dulu sebelum menuduh orang lain menjadi penulis pelacur ! Lutfi dan Tok Ayah tidak pernah memberi respon dengan kenyataan palsu daripada tulisan Tepak, katanya objektif sebenar bukan 'kemucup' di tepi jalan. (maksudnya yang saya faham semasa kita berjalan kadang kala ada kemucup terlekat diseluar, jangan kita buang dia nanti mengganggu masa perjalanan kita... biar sampai dulu kita akan buang habis - seleroh Tok Ayah dengan saya)

Dalam satu tulisannya ada disebut bahawa Lutfi adalah bekas pelajar UKM. Ini adalah kenyataan yang salah sebenarnya Lutfi adalah bekas pelajar Kejuruteraan Awam UTM (Gagal tamatkan tesisnya setelah dipecat dalam Demostrasi Purdah sesi 85/86). Sepetutnya nak menulis sesuatu perkara biarlah kita teliti dulu. Tapi Tepak boleh membuat analisis dalam tulisannya yang terbaru bila Detikdaily tersalah tulis namanya dalam satu artikal Sdr YB Hj Mahfuz kononnya Detikdaily penabur fitnah. Apa bezanya dengan saudara tepak??

Begitu juga dia menulis bahawa Lutfi menjawab tulisannya mengenai penerimaan wang 2 juta apa salahnya kalau terima 20 juta daripada Khir Toyo. Sebenarnya saya yang menulis komen di bawah artikal "Sistem korup yang menjahanamkan" yang telah disiarkan oleh Malaysiakini.com 'apa salahnya jika Lutfi menerima 20 juta daripada Khir Toyo.' Saya merasakan semua pengunjung mengetahui hal ini, tak ada kekeliruan dalam komen saya pada hari itu. (memang saya selalu buat komen dengan tulisan merah di setiap headlines). Hanya mereka yang emosi dan terburu-buru tanpa usul periksa sahaja boleh terkeliru.

Penulis sama seperti Astora Jebat yang membuat membuat komen kepada Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang yang kononnya tak baik percakapan arabnya semasa di temuramah dengan stesten TV Al-Jazeera, sedangkan dia terketar-ketar nak baca A Quran dan Hadis semasa berhujjah dengan Ust Asri dalam satu forum anjuran pelajar Unversiti. Suka menghina orang lain dengan pelbagai tuduhan sedangkan diri sendiri bukannya elok sangat. Dalam hal ini Tepak juga mengulas dengan panjang lebar sedangkan dia sendiri belum dengar temuramah itu dan dia sendiri tak semak pun kebenaran artikal Astora tersebut. (Kalau tuan-tuan ada masa belilah kaset forum tersebut dan dengar serta lihat temuramah Al-Jazeera melalui webRTV kemudian buatlah perbandingan dengan apa yang ditulis oleh 'penulis pelacur'. Jangan asyik membaca tulisan fitnah dalam laman pro kerajaan tanpa usul periksa.)

Saya rasa cukuplah saya membahaskan 3 perkara yang simple. Jika kelapangan kita akan berbicara soal wang pemberian, konspirasi dan agenda disebalik tabir apa yang berlaku. Saya hanya menunggu repon daripada Tepak... Maafkan saya jika ia tidak menyenangkan.

Abu Jihad
Webmaster






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 3 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com