Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Adakah keadilan undang-undang telah mati ??

Saya ingin menarik perhatian mengenai kes YAB Khir Toyo yang begitu dibincangkan oleh Tapak Bersulam. Saya rasa tak perlulah diulas terlalu sangat tentang hal itu. Laman UMNO-reform bagi saya untuk memberi nafas baru kepada UMNO bukan untuk ampu pemimpin UMNO. Sepatutnya hal ini diselesaikan dengan mengunakan saluran undang-undang. Jika betul ada penyelewangan undang-undang perlu dilaksanakan. Jika ada kes ini melibatkan fitnah, saluran undang-undang jugalah yang patut dilaksanakan. Jangan lagi rosakkan reputasi UMNO yang sedang dalam baik dari luka imejnya. Tak kira siapalah, Menteri Besar ke, Perdana Menteri sekali pun mereka adalah pendukung amanah yang telah diamanahkan oleh sebilangan penduduk Malaysia yang telah mengundi BN untuk mentadbir Malaysia. Mereka berhak ditanya akan amanah yang telah diberi. Jika mereka benar, mereka perlu diberi perlindungan dari segi undang-undang tetapi jika mereka salah dari segi undang-undang mereka patut dihukum dari segi undang-! undang yang dibuat oleh rakyat Malaysia yang telah diamanahkan kepada mereka melalui parlimen yang mulia.

Menjawab segala tuduhan ke atas kita melalui suratkhabar ke, televisyen ke atau internet tidak akan menyelesaikan masalah malah orang akan melihat lagi banyak kenyataan yang kabur, fakta tidak dijawab, mengalih kepada topik yang tidak berkaitan dan membuka banyak lagi pekong yang orang lain tak tahu menjadi tahu. Betul atau salahnya YAB Khir Toyo bukan terletak pada debat di internet, suratkhabar atau kenyataan di televisyen tetapi ditentukan oleh saluran undang-undang. Jika benarlah keadilan telah mati seperti yang dinyatakan oleh pembangkang amat malang sekali UMNO untuk memanjangkan usianya buat sepuluh tahun akan datang.

Bebiri94
Ahli UMNO Perak






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 4 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com