Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Lagi Tentang TepakBersulam

Pada mulanya saya tidak bercadang untuk menulis perihal TepakBersulam. Tetapi setelah membaca beberapa artikel berkaitan beliau disiarkan saya rasa tertarik untuk memberi sedikit ulasan.

Sebenarnya saya merupakan antara "musuh" utama Encik Tepak dibeberapa laman pro UMNO. Cuma untuk beberapa ketika akhir ini saya tidak "melayan" Encik Tepak bagi menghormati bulan Ramadhan Al Mubarak. Saya rasa saya cukup "mengenali" sifat Encik Tepak ini. Beliau merupakan orang yang sangat suka berfantasi. Pernah beberapa artikel yang ditulisnya adalah berdasarkan imaginasi beliau akibat terlalu "tertekan" dengan kepopularitian dua pemimpin utama PAS iaitu Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Haji Hadi. Artikel imaginasi yang pernah ditulis oleh encik Tepak penuh dengan fitnah dan tohmahan. Malah saya fikir ianya juga satu cubaan untuk menghina ulamak sama seperti yang selalu dianjurkan oleh pemimpin mereka. Malah bukan setakat itu, tulisan-tulisan beliau juga banyak mempersenda Islam. Antaranya encik Tepak sering mengatakan bahawa pengikut-pengikut PAS bertakbir dengan menyebut Nik Aziz Akbar, Haji Hadi Akbar, nauzubillah.

Satu lagi saya perhatikan ialah kecenderungan Encik Tepak untuk mengagumi pemimpin-pemimpin yang rosak akhlak seperti Khir Toyo dan juga Annuar Musa. Pernah satu ketika, artikel yang ditulis oleh encik Tepak setelah dia menonton siri debat Saudara Mahfuz dan Annuar Musa di Kota London. Beliau memuji kepetahan Annuar Musa membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Beliau juga begitu bersetuju dengan tuduhan kosong Annuar Musa menuduh penyelewengan kerajaan PAS. Tetapi hari ini kita lihat Allah Maha Kuasa. Allah tidak benarkan hamba-hambaNya memperolok-olokkan ayat-ayat suciNya. Annuar seperti di makan sumpah, tuduhan penyelewengan yang dibuatnya kini kembali kepada dirinya sendiri. Saya harap sekarang Encik tepak tahu perbezaan membaca ayat-ayat suci AlQuran dengan melaksanakan perintah ayat-ayat suci AlQuran.

Begitu juga dalam kes rasuah Khir Toyol. Encik Tepak merupakan orang yang begitu kuat memperthanakan amalan rasuah Khir Toyol. Pernah dalam satu artikel yang disiarkan di Laman ini Encik tepak menulis Khir Toyol MAHA bersih. Melalui artikel-artikel tulisan Encik Tepak saya dapati beliau menuduh Lutfi menyebarkan fitnah, tetapi sebenarnya saya dapati Encik Tepaklah sebenarnya yang menabur fitnah. Baru-baru ini saya berkesempatan membaca akhbar MEMO 15 palsu yang dipercayai disebarkan oleh orang-orang UMNO yang kununnya untuk menjawab fitnah. Banyak artikel-artikel dalam Akhbar MEMO 15 PALSU tersebut diambil dari laman web KMU dan banyak juga tulisan Encik Tepak sendiri. Malangnya penyebaran Akhbar Haram MEMO 15 yang palsu ini telah menimbulkan lebih banyak fitnah dan telah mencemarkan bulan Ramadhan Al Mubarak ini. Pemalsuan nama MEMO 15 itu sendiri adalah satu fitnah. Sekurang-kuranya fitnah kepada Saudara Lutfi. Tertarik saya kepada satu artikel yang bertajuk PAS GUNA CARA YAHUDI. Sebenarnya siapa yang guna cara Yahudi dengan memalsukan Akhbar MEMO 15 dan menulis artikel fitnah dan tidak bertanggungjawab. Termasuklah Encik Tepak ini. Kalau Encik Tepak fikir dia benar kenapa tidak menulis nama dalam Akhbar berkenaan. Dan kenapa masih bersembunyi disebalik nama samaran?

Saya rasa cukup setakat ini dahulu walaupun masih banyak yang saya ingin perkatakan mengenai Encik TepakBersulam ini. Cuma pesan saya kepada saudara-saudara yang membaca artikel yang ditulis oleh encik TepakBersulam, bacalah sekadar hiburan untuk memenuhi masa lapang TETAPI tidak mebacanya adalah lebih baik. Jangan sia-siakan masa yang amat berharga ini untuk sebuah Artikel Sampah.

PS: Saya masih tidak faham motif tulisan TepakBersulam mengenai REFORMASI TULEN yang disiarkan di laman2 Proreformasi. Apakah dia sudah sedar akan kekorupsian Sistem yang didokong oleh UMNO sekarang ini?

Sahabat Lama
KerisKontot






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 4 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com