Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Pelakon Tambahan Vs Pelakon Pembantu

TepakBersulam memberi respon kepada tulisan saya tempoh hari dalam lamannya... terima kasih. Saya rasa saya perlu beri sedikit respon balas supaya wujud keadilan dalam berhujah.

Mungkin pengunjung nak baca tulisan Tepak dan saya serta di bawah. Saya rasa adalah lebih mudah dan selesa saya memberi komen terus pada artikalnya dengan tulisan biru.

...........................

PELAKUN PEMBANTU TERBAIK
TepakBersulam

Seronok juga Tepak membaca tulisan salah seorang editor Laman Web pembangkang yang menghentam Tepak, Biasalah tu. kalau takut dihentam jangan menulis politik.

Dalam tulisan beliau ada mengatakan Tepak menuduh lutfi mengodam laman web nya sendiri.Tulisan itu tepak tulis berdasarkan tulisan dalam laman web yang mengantikan detik setiap kali detik gagal mencari fitnah baru untuk di utarakan kepada pembaca.Mungkin editor ini sendiri yang tak pernah membaca dan hanya tahu menulis.Sila refer ke laman web yang mengantikan laman web detik.

Ini satu lagi kesilapan besar dan paling saya hairan Tepak tak nak mengaku silap... dia masih berhujah. Untuk makluman pengunjung saya ambil petikan yang Tepak keliru itu.

Laman DetikDaily Diserang
Begitu juga laman laman reformasi yang lain
Oleh Wartawan Pemuda
17hb Mac - Laman web detik daily tidak dapat dibuka hari ini kerana diserang ,kemungkinan disebabkan oleh pihak pihak tertentu yang tidak suka dengan pendedahan pendedahan berani daripada detik.daily .Untuk sementara waktu laman detik daily diganti dengan laman Pemuda.Pihak kami akan berusaha menyelamatkan laman detik.daily.

http://detikdaily.tripod.com/

Peristiwa pada bulan Mac ialah 11 laman pro reformasi di tapak Tripod telah dibuang tanpa sengaja. Pihak tripod telah mengeluarkan surat minta maaf atas kesilapan tersebut.

Kedua, beliau mengatakan bahawa beliau hanya membaca tulisan Tepak setelah menerima e-mail dari tepak. Sebenarnya beliau yang menghantar Epmail kepada Tepak dahulu. setelah diberikan penjelasan beliau terus tidak menjawab e-mail Tepak. Disini sudah nampak putaran kata-kata beliau.

Ini satu lagi kekeliruan beliau yang amat jelas, tidak timbul soal siapa yang beri email dahulu (yang ini masih boleh dipertikalkan - tapi saya tak mahu bincang buat masa ini). Pokonya saya membaca artikalnya setelah menerima email beliau. Di bawah ini saya sertakan sebahagian emailnya.

Saya menghormati saudara kerana berjaya mengendalikan sebuah laman yang agak popular dikalangan penyokong pembangkang. Saya kira saudara tentu mempunyai banyak pengalaman didalam mengendalikan artikel-artikel yang berbaur propoganda dan juga prajudis.

Saya agak merasa hairan kenapa saudara mengajukan soalan yang sepatutnya saudara tidak perlu bertanya kepada saya. Sekiranya saudara rasa tulisan itu baik dan saudara telah menyiarkan nya kenapa pula saudara harus menghubungi saya. Bukankah ianya satu milage bagi pihak saudara. Apakah saudara pernah membaca tulisan saya sebelum ini?jika pernah tentu saudara yang berpengelaman ini dapat membezakannya? Saya kira saudara tentu arif bahawa sesiapa sahaja boleh mengunakan nama TepakBersulam dan juga menaip email paparazi_paparaz@hotmail.com

Dalam emailnya kepada saya dia bertanyakan saya adakah saya pernah baca tulisannya. Kemudian dia menjawab jika pernah... Jadi saya jawab di sini, saya belum pernah membaca dan saya membaca tulisan saudara selepas saya menerima email saudara ini. Adakah itu dinamakan putaran kata-kata. Why you so stupid ?

Beliau mempersoalkan kebolehan Tepak mengendalikan laman web. sememang nya Tepak tiada kepakaran yang banyak disitu kerana Tepak bukan nya teknikal man.tepak hanya penulis.Namun Tepak berbangga kerana tidak menyiarkan berita dari penulis palsu dan juga membuat kesilapan dengan sengaja mungkin menaip nick Tepak ,Artikel dari nahfuz dan beliau mengaku kesilapan tersilap taip nama tepak. Apakah nama Tepak 24 jam dalam minda mereka sehingga tersilap taip.Beliau menatakan juga apa beza Tepak dengan Mahfuz penyebar fitnah.Bererti sememang mereka thu Mahfuz penyebar fitnah dan mereka menyairkan.Di sini terserlah kredebiliti mereka sebagai webmaster.Tersilap taip......

Saya tak tahu siapa yang dituju saya atau webmaster Detikdaily ?

Siapa yang emosi Tepak atau beliau. Tepak tidak menulis perihal dendam peribadi dilaman web rasmi seperti KMU kerana Tepak takut nanti pembaca menyangkakan bahawa semua tulisan adalah berdasarkan dendam peribadi dan juga kesahihan berita disangsikan.Beliau telah menulis dilaman rasmi beliau. Bagi Tepak Barisankita ini hanya bertaraf Home Page.

Catatan : Homepage adalah muka hadapan sesuatu laman web, manakala websites adalah laman web (keseluruhan laman)

Beliau menunggu respon dari Tepak. tepak tak tahu dimanakah akan beliau siarkan respon Tepak jika Tepak memberikan respon. Kerana tepak tahu sememang dasar pembangkang tidak akan menyairkan berita yang mendedahkan keburukan mereka dilana mereka. Harakah juga tidak langsung menyiarkan kesilapan dan juga keburukan pemimpiun didalam akhbar itu.Mereka akan sapu dibawah karpet.

Saya siar artikal saudara tanpa sebarang edit, termasuk ejaan. Saya juga menyiar artikal yang ditulis oleh ahli UMNO, sebagai contoh Bebiri94, Ahli UMNO Perak. Sila tanya Ghazali Mat Dom (tel 017-3032314) editor Laman UMNO-reform apakah betul Bebiri94 tu ahli umno atau tidak. Saya tak suka menokok menambah sebarang maklumat. Apatah lagi menyiarkan yang palsu.... Dulu Tengku Andan Tengku mansur ada membuat report polis mengenai laman ini, tapi sampai sekarang pihak kami, hatta pihak Dewan Pemuda sendiri tidak pernah dipanggil. Kami menyiarkan alamat dan no. tel pejabat kami. Kami rasa kami adlah satu-satunya laman reformasi yang mula-mula menyiarkan alamat tempat operasi. Sedangkan banyak pandangan supaya jangan kerana dia memudahkan laman ini digodam. Kalau takut bermain ombak jangan berumah di tepi pantai!

Banyak artikel-artikel yang direka sesedap menaip didalam mereka tidak pernah Tepak persoalkan kerana pembaca boleh menilaikan nya sendiri. Kita punya kebebasann berakhbar, Kenapa mereka risaukan penulisan Tepak. Kerana Tepak tahu apa yang Tepak tuliskan.Pembaca boleh menilaikannya.

Umpamanya Khir Toyo letak jawatan sebelum raya. BPR bal...bla...bla.......Namun memberikan cabaran kepada beliau tau sesiapa sahaja yang berkenaan selkiranya Khir Toyo tidak meletakan jawatan Sebelum raya beranikah mereka menutup laman fitnah mereka.Kerana pembaca akan rasa tertipu dengan tulisan dilaman itu. Jika khir letak jawatan Tepak akan tutup barisankita.

Menegnai tulisan astora tentang Hj Hadi dan ulasan saya. Itu hak saya dan astora. saya tidakl pernah pertikaikan tulisan saudara. Itu hak saudara. apakah kami ini hanya disuruh membaca fitnah dan dan tidak pula boleh mempertahankan dan juga memberikan komen kepada pemimpin anda.Itu hak kami.

Saudara marah bila saya menegur tulisan astora, tapi saudara tak rasa bersalah pula bila saudara menegur tulisan Lutfi, biarlah Lutfi, itu haknya!. Kenapa terlalu hipokrit ??

Malang sekali rakyat tidak lagi boleh menerima berita palsu.Pembaca boleh bezakan yang mana baik dan yang buruk. 1999 hanya lah kenagnan manis untuk saudara.Keadaan tidak seperti itu lagi.Kerana perihatin Lutfi telah bersedia untuk masa depan beliau. tinggal lah kamu dengan laman yang tidak berpengunjung kelak. Insyallah.

Dalam email saudara, saudara puji laman ini(lihat di atas), sekarang doakannya sehingga tiada pengunjung. Saya tak hairan laman ini hanya dikendlikan oleh insan kerdil daripada pemuda kawasan... bukan Pas Kawasan. Banyak laman setelah pengasas pergi laman akan berkubur tapi setakat ini kami al-Hamdulillah masih beroperasi. Pengasas laman Ketua Penerangan telah tidak lagi memegang jawatan, Tok Ayah telah meninggalkan Tranung Kite dan menjadi webmaster Detikdaily... Saya juga tak semestinya akan kekal di sini. Kata Badiulzaman Said Nursi "Perjuang ibarat mata rantai, kita bukan orang yang pertama dan kita bukan orang yang terakhir"... Perjuangan suci milik Allah s.w.t. kita hanyalah satu unsur daripada komponen yang lengkap-melengkapi.

Sebelum Tepak mengundurkan diri. Tepak agak geli lihat lakukanan editor ini yang menyiarkan rekaan dan juga lakunan pelakun pembantu terbaik beliau dengan menyiarkan artikel 'Lutfi bersekongkol dengan Tepak' yang mengatakan Tepak akan share 2 juta dengan Lutfi. Sedangkan beliau nyatakan adalam artikel beliau terbaru belaiu ada bertemu Lutfi. Apakah ini sandiwara rekaan saudara dan Lutfi. Inilah bukti mereka kini ketandusan idea. Tak geli ke bila teringat tulisan itu.Disini sebenarnya telah mencerminkan kredibiliti sdr sebagi editor dan kredibiliti laman saudara. Asalkan tulis saja.

Ini fitnah, saya tak pernah sebut saya jumpa Lutfi, dari mana saudara mendapat sumber ini. Saya sebut saya berseleroh dengan Tok Ayah. Tak payah saya jelaslah siapa Tok Ayah. Sebenarnya tulisan ini mencerminkan sikap saudara. Saya masih tetap beranggapan saudara seorang yang emosi, terburu-buru dan menyimpan dendam.... ubah diri daripada jadi pelakon tambahan kepada watak utama !

Abu Jihad
Webmaster Tranung Kite

...................................

Bersama ini saya serta email saya yang saya reply daripada email paparazi_paparaz@hotmail.com mengenai artikal-artikalnya di laman Tranung Kite. Oleh kerana memang menjadi dasar pembinaan laman ini sebahagiannya melaksanakan tugas saraf kami juga forward kepada rakan siber.
Semasa saya reply, saya juga cc kepada editor UMNO-Online, UMNO-Reform, Al-Haqdaily, Debat.com dan sdr Lutfi sendiri (apa taknya sebagai bukti kepada puak-puak mereka)

Saya cukup keliru dengan sikap saudara. Sebelum ini saudara menghantar artikal berbentuk pro BA (reformasi) dan akhirnya artikal saudara lebih mirip kepada menghentam seseorang dalam umno.

Memandangkan datang dari email sah saudara dan artikal berkenaan tidak memberi sebarang efek kepada laman kami, jadi saya masih boleh menyiarkannya.

Adakah saudara perancang utama menjatuhkan Khir dan pemberi maklumat kepada saudara Lutfi ? Atau saudara orang belakang tabir dalam kemulut ini ??

Apa pun saya tak suka dengan sendiwara saudara, saya tak mahu nama baik laman kami terjejas dengan sikap dan pemainan kotor saudara.....

Terima kasih... Berlajarlah bersikap jujur....

Abu Jihad
Webmaster
Tranung Kite

Saya rasa Tepak faham maksud reply... kalau tak macam mana saya tahu emailnya. Email ini tak pernah disiarkan. Ada 3 kemungkinan ; satu, memang Tepak sendiri yang menghantar artikal-artikal yang mengelirukan, Dua, ada hacker yang menggunakan email tersebut, serta memantau pergerakkan Tepak, siapa yang menghubungi beliau dan beliau menghubungi siapa. Ketiga hantu @ toyol??? yang hantar email menggunakan email Tepak!!!






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 6 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com