Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Lagi-lagi, lagi-lagi TepakBersulam

Saya pun heran bebenor dengan sikap penjilat dan pengampu Mat Khir Toyo ni. Memang betul si Lutfi tu masa buat aduan pada 23 Oktober dulu, sebut tanah yang PKNS tawarkan kat dia di Shah Alam, tapi semasa Dr Hassan Ali timbulkan kes ini di Dewan pada 31 Oktober, selepas ulang balik laporan Lutfi, Menteri Besar Khir Toyo ni MENGAKU:

1. Dia ada terima dua tawaran daripada Pengurus Besar PKNS yang taik segala taik rasuah tu, Harun Salim, tapi kata Khir kedua-dua tawaran itu dengan harga yang sama, maknanya tidak ada sebarang unsur rasuah di sni.

2. Khir kata dia tolak tawaran itu kerana dia tak mampu nak beli.

Cuma kau orang yang sibuk sangat membela perasuah Khir ini, tentang apa yang Khir sebut di Dewan yang mulia itu. Cuba perhati betul-betul, dengan mata hati bukan dengan kepala lutut. Cuma renung sedalam-dalamnya kalau pun nak membodek Khir yang hampir tumbang tu ... Bulan puasa ni kita ada banyak masa lapang, renung dan telitilah kenyataan Khir di DUN Selangor.

Ramai orang dengar apa yang disebut Khir di situ, pegawai kerajaan yang kanan-kanan pun dengar sama. Bukan saja ahli-ahli Dewan dari pembangkang, tetapi wakil rakyat Umno pun dengar.

Tak timbul masalah tanah itu bukan di Shah Alam seperti yang Lutfi sebut dalam aduannya yang pertama tu. Lutfi mungkin ada muslihat sendiri, ya .. mungkin dia nak main silap mata dengan Khir dan pegawai PKNS. Dengan itu Harun Salim dan Khir yang berkomplot ini rasa Lutfi sudah dapat maklumat salah, jadi sebab itu Khir pun berani temberang dan kencingkan ADUN Selangor yang bijak pandai tu.

Yang penting sekali, dek non oii ... oii penjilat si Khir dan segala perasuah dalam Umno, dengar sini sikit:

KHIR TOYO TAK SEBUT PUN PASAL TANAH SAMA ADA DI SHAH ALAM ATAU DI TEMPAT-TEMPAT LAIN, TAPI DIA MENGAKU, OII ... OII DENGAR SINI, KHIR MENGAKU SECARA TERBUKA BAHAWA DIA MEMANG ADA TERIMA TAWARAN PKNS UNTUK BELI TANAH. TAPI DIA BERBOHONG KATA DUA TAWARAN ITU SAMA, SEDANGKAN DUA-DUANYA BERBEZA 50 PERATUS.

DAN KHIR TOYO MENGAKU DI DUN SELANGOR PADA 31 OKTOBER BAHAWA DIA MENOLAK KEDUA-DUA TAWARAN ITU KERANA DIA TAK MAMPU WALHAL YANG SEBENARNYA ... YANG SEBETULNYA KHIR TELAHPUN BAYAR SEMUA SEKALI NILAI TANAH ITU.

Ini bukan nama pembohong lagi. Kalau bukan pembohong kita nak panggil apa ha? cuba jawap! bapa segala temberang, penipu?

Janganlah hanya kerana tanah itu berada di Bandar Baru Bangi, bukannya di Shah Alam, maka segala hujah lain nak ditolak. Kalau inilah pengampu dan penjilat Khir, memang teruklah Khir ... dahlah dapat setiausaha politik dan pembantu khas yang asyik mengebas harta dan tanah rakyat, dapat pengampu pun bodoh dan bangang!

Tepak Sirih




        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 7 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com