Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Penjilat Khir, jawablah isu tanah di Bandar Bangi

Membaca hujah penjilat si perasuah Khir Toyo tentang aduan Lutfi tentang kes salahguna kuasa Khir sebagai Pengerusi PKNS membuatkan saya dan sahabat-sahabat ketawa sendiri.

Yang mereka sibukkan hanya lokasi tanah, dulunya di Shah Alam dan sekarang di Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi. Tapi, apakah dengan bukti yang Lutfi kemukakan, dua salinan surat daripada Pengurus Besar PKNS, Harun Salim, yang menawarkan tanah dengan tidak melalui prosedur, dan Khir menggunakan kuasanya sebagai Pengerusi PKNS untuk mendapatkan harga murah, itu bukannya makan suap?

Baiklah, kita tolak ke tepi tanah di Shah Alam itu, tapi MB jawab di Dewan bahawa memang dia terima dua tawaran tanah ... tanpa menyebut tempatnya di mana ... dia tolak kerana tak cukup duit ... (amboi, amboi, kononnya nak tunjuk miskin dan tidak makan rasuah!). Nak kata Lutfi belit ikut sukalan.

Tapi macamana dengan tanah di Bangi. Dan saya yakin Khir pun sebenarnya menjawab hal tanah di Bangi, bukan di Shah Alam. Dan tak apalah kita bincang pasal tanah Bangi. Apakah segala urusan tentang pembelian tanah ini tidak mengandungi unsur rasuah? Cuba jawab wahai pengampu dan penjilat Khir.

Apa keistimewaan seorang MB untuk dapat tawaran harga murah, itu pun selepas Khir sergah Pengurus Besar PKNS dalam mesyuarat pertamanya mempengerusikan PKNS. Dan Khir mempertikai kenapa harga RM20.00 sekaki persegi tanah di Bangi itu mahal sangat, maka terketar-ketarlah si Haron menawarkan dengan harga baru.

Lepas ini kita tunggulah apa lagi bukti selanjutnya Lutfi bagi mensabitkan Khir dengan rasuah di Bangi ini. Bagaimana pula dengan bayaran yang dibuat oleh Khir, dari mana duitnya untuk bayar semua harga yang ditawarkan iaitu lebih RM231,000.00.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 9 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com