Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Apa pun, Lutfi tak rugi apa-apa, yang malu besar adalah Khir dan keluarganya

Apabila Ahmad Lutfi Othman membuat sekali lagi aduan kepada BPR, pengampu dan penjilat Khir Toyo yang hampir kelemasan itu menggelabah tak tentu arah. Ini kerana setiap kali Lutfi ke BPR, yang akan terkencing dulu, selain Khir adalah Setpolnya, Dr Karim Mansor dan pembantu Khasnya, Selamat Dollah.

Dr Karimlah yang sibuk mencari penama untuk memohon tanah bagi pihak dirinya dan Khir, sebagai dana politik bagi anak Toyo itu untuk menentang Hishamudin Hussein Onn sebagai Ketua Pemuda Umno akan datang. Dan Dr Zamri Abdul Kadir adalah penggerak strategi itu.

Pernah pimpinan Umno Selangor datang juga Khir bertanyakan sumber wang untuk buat projek di bahagian masing-masing. Karim yang ada sama ketika itu naik berang, katanya, "soal duit jangan tanya MB, tanya saya".

Memang tidak sedikit pemimpin Umno Selangor yang naik meluat dengan Karim yang mempermainkan Khir. Bukankah Khir sendiri mendakwa dia budak baik, jujur, tak pernah buat perkara tak elok, tak makan rasuah, tak main betina.

Jadi tepat sekali bila Hassan Ali gelarkan Khir sebagai Ir, iaitu Insan Rabbani. Ya, mulianya hati Khir, susah nak cari MB Umno macam dia. Boleh kalahkan Tok Guru Nik Aziz yang warak dan zuhud itu. Manakan tidak, Tok Guru Nik Aziz pun boleh dihalau balik Kelantan oleh Khir Toyo selepas dilarang memberikan kuliah agama di mana-mana masjid dan surau di Selangor ini.

Sekarang pengampu dan penjilat Khir bertambah ramai lagi. Masing-masing cuba tunjuk jaguh untuk menentang Lutfi. Tapi, apalah hebatnya Lutfi tu sehingga perlu diserang begitu hebat oleh penjilat dan pembodek Khir? Mana tahu, selepas Lutfi angkat bendera putih mengaku kalah dek penangan mereka yang tidak sabar-sabar nak rapat dengan Khir itu, boleh juga habuan lumayan.

Tapi bila Lutfi timbulkan tanah di Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi, Lot 14, Jalan 2/1G, yang luasnya 22,863 kaki persegi dengan dua kali tawaran harga (sebagai tanda kukuh ada amalan rasuah yang jijik oleh MB termuda ini), iaitu pertama kali RM20.00 sekaki persegi dan seterusnya RM10.13 sekaki persegi, pengampu dan penjilat, dan tentunya termasuk Khir sendiri, bagai cacing kepanasan.

Mana pula si Lutfi ni dapat bukti baru? Mulalah puak-puak Khir ini tuduh antara satu sama lain. Mereka ingat hanya Exco dan ADUN dan Pemimpin Bahagian Umno Selangor saja yang meluat dengan karenah Khir. Mereka tak tahu segala jurutera JKR di Shah Alam, pembantu teknik dan termasuk keraninya pun sedia nak bocorkan rahsia. Ini belum kira pegawai-pegawai di PKNS Shah ALam, Petaling Jaya dan Bandar Baru Bangi.

Carilah sampai ke lubang cacing sekalipun, penjilat dan pengampu serta pembodek Khir hanya akan mendedahkan kepada umum bagaimana hebatnya orang marah dan meluat dengan Khir.

Isu tanah di Bangi ini akan menjerat dan membelit Khir. Kalaupun dituduh Lutfi itu kaki fitnah, kamu diam-diamlah saja. Takkan mahathir yang kamu agung-agungkan itu bodoh sangat sehingga boleh percaya segala kata fitnah Lutfi. Tunggu saja episod ini berakhir.

Bagi saya, Lutfi tak akan rugi apa-apa kalau Khir terus memerintah Selangor. pembangkang lebih beruntung kerana isu Khir ini dapat diperpanjangkan sampai pilihan raya dan lebih penting Umno selangor akan terus bercakaran sesama sendiri kerana hasad dengki yang kuat untuk saling jatuh menjatuhkan.

Yang rugi tetap Khir. Namanya sudah busuk macam perut ikan kembung yang disimpan seminggu. Surat khabar sudah bagi peluang dia jawab, tak dilencongkannya kepada isu-isu lain. RTM sudah bagi peluang untuk Khir jelaskan isu sebenar, tapi dia serahkan kepada anggota Exconya untuk membela dirinya.

Yang ini saya cukup pasti. Masa depan politik Khir sudah pun berakhir, dengan izin Allah. Paling panjang pun hayat politiknya ialah sampai pilihan raya akan datang, jauh dari itu jangan haraplah.

Untuk harapkan BPR bawa Khir ke muka pengadilan adalah perkara mustahil. Khir hanya akan menerima tekanan dari segi politik, iaitu tidak lagi terpilih dalam pilihan raya akan datang. Angan-angannya untuk bertanding Ketua Pemuda Umno lebih baik lupakan saja. Jawablah dengan yakin segala dakwaan rasuah yang dihadapkan kepadanya.

Saya nak tanya untuk terakhirnya, macam mana Dato' Seri bayar tanah di Bangi tu? Dari mana duit Dato' Seri untuk bayar RM231,678.00 itu? Apakah Dato' Seri bayar serentak semuanya ataupun secara bulanan? Lebih baik Dato' Seri jawab secara jujur, sebab kalau cuba berbohong, nanti terbongkar cerita lain pula, malu! Bukan saja Dato' Seri yang malu, keluarga Dato' Seri pun turut malu sama. Saya berasa cukup simpati dengan keadaan emak dan bapa Dato' Seri akibat perbuatan Dato' Seri sendiri.

PEMBACA TRANUNGKITE






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 10 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com