Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Anjakan paradigma, pendekatan baru dan pengisian semasa menjelang 2004

Oleh : Terompah Kayu

Tahun 1999 telah memberikan satu impak yang sangat nyata. Barisan Nasional , khususnya UMNO secara jelas ditolak oleh rakyat. Kemenangan palsu yang diperolehi penuh dengan penipuan. Ini adalah suatu fakta dan telah pun menjadi satu sejarah.

Hasilnya, Terengganu Darul Iman jatuh ke tangan Barisan Alternatif. Kelantan dapat dikekalkan. Beberapa buah DUN dan PARLIMEN jatuh ke tangan Barisan Alternatif.

Menjelang tahun 2004, dan selepas dua [ 2 ] tahun pilihanraya ke - 10, ternampak kuasa yang ada di Terengganu Darul Iman, tidak banyak memberikan kelebihan kepada pemerintah baru melaksanakan perancangan yang telah dibuat. Dimana silapnya ?

Kuasa semata - mata tidak menjamin perancangan yang dibuat dapat dilaksanakan dengan jayanya. Ini kerana kuasa mutlak, didalam banyak hal dan aspek, seperti Pertahanan, Ekonomi dan Kewangan, Luar Negeri, Pelaburan dan lain - lain , masih kukuh ditangan kerajaan pusat.

Adakah kita perlu menunggu sehingga kerajaan pusat jatuh ke tangan Barisan Alternatif ? Dan pada masa berkenaan, semua perancangan dapat dilaksanakan ? Adakah kita menjangka semudah itu ?

Apa yang harus dilakukan ?. Adakah cukup dengan menyalahkan takdir ? Adakah kita perlu tunggu sehingga semua negeri di Malaysia jatuh ke tangan Barisan Alternatif, dan pada masa berkenaan kita hendak implementasikan semua rancangan? Adakah semudah itu ? atau kita mahu tunggu sehingga kerajaan pusat dikuasai oleh Barisan Alternatif, maka kita berfikir perancangan yang diatur dapat dilaksanakan. ?

Nampaknya kita kerugian sepanjang masa, dengan ada sedikit kuasa [ Kelantan dan Terengganu ] tidak banyak yang dapat dilakukan oleh Barisan Alternatif, dalam erti kata yang sebenarnya dan tuntutan rakyat terbanyak. Apatah lagi dengan tidak ada kuasa, tidak ada yang dapat dilakukan, melainkan menyuarakan sahaja. Perlaksanaan tgerpulang kepada kerajaan pusat.

Jangan kita lupa, pentadbir dan pengurus di semua peringkat dan jabatan samada di sektor kerajaan atau swasta ramai terdiri daripada Barisan Nasional. Pelbagai sabotaj boleh dan akan dilakukan, seperti mana yang berlaku di Kelantan dan Terengganu.

Jadi, apakah pilihan yang kita ada ?

18 disember 2001






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 19 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com