UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Terima kasih saudara Jamil bin Ismail.

Terima kasih saudara jamil kerana memberi satu panduan dan nasihat yang berguna kepada kita semua..

Terkadang kita tidak mengetahui bahawa kita juga pernah tersilap dan tidak boleh menerima kritikan orang lain terhadap kita. Kita terus menyatakan bahawa kita selalunya atau sentiasa betul padahal kadang kala kita ada juga yang terseleweng.

Teguran sebenarnya amat penting untuk kita..bukan untuk mewujudkan jurang perbalahan tetapi untuk saling memperingati....supaya kita akan terus gemilang.

Saya bukan ahli UMNO juga bukan ahli BA tetapi cenderung kepada BA...tetapi kadang kala apabila melihat kepada sikap dan gelagat sesetengah ahli BA...rasanya tak ingin saya mendekatinya.( Jangan rujuk kepada kelakuan ahli UMNO sebab kita dah tahu perangainya.)

Ramai yang melaungkan Islam tetapi anak isteri tak pakai tudung pun keluar rumah..naik motosikal dengan lelaki lain mak bapak tak kisah pun.

Bercakap pasal agama tapi soal pendidikan anak-anak tak diambil kisah..terkadang rasa malu juga bila yang dapat nombor tercorot dalam kelas dan yang paling banyak kes disiplin adalah anak-anak orang PAS.

Bercakap pasal tolak ansur tapi bila bersembang..seolah-olah " biar lah orang UMNO ni semuanya masuk neraka...ALLAH turun bala cepat-cepat "...Ustaz saya beritahu...kita buat dakwah ni supaya kalau boleh ALLAH buka pintu hidayah...semua dapat masuk SYURGA...bukan doa supaya orang lain masuk neraka.

Bercakap bab tidak menyakiti hati tapi bila bersembang ada la perli sana ...perli sini...perkara nampak kecil tapi kadang kala orang UMNO yang selalu datang jemaah pun terus lesap dari masjid atau surau ..bukan membuatkan mereka makin dekat tetapi makin jauh...so sampai bila kita nak tarik mereka...bila wujud perasaan curiga mencurigai.

Saya bukanlah seorang ustaz jadi tak boleh la nak bagi ayat Al-Quran atau hadis..tetapi terkadang kita kena fikirkan apa yang apa yang saudara Jamil cuba sampaikan.

............dan saya sudah lama tidak membeli Harakah...rujuk internet sahaja. Yang baik Dari ALLAH...yang buruk kelemahan saya...Wassalam






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 26 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com