Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


TV kotak Syaitan ?

Assalamualaikum,

Tv adalah alat. Persis internet. Ia wasilah komunikasi. Apabila Taliban menguasi Afghanistan selama 5 tahun, ia mengharamkannya. Stesen tv Afghan ditutup.

Ini adalah tajuk "favourite" semasa tesis saya di universiti. Setelah 14 tahun tanpa tv (ada satu golongan buang tv ke dalam sungai), saya terpaksa membeli set tv untuk melangsaikan tesis bagi ijazah saya.

Dalam forum-forum kuliah komunikasi, saya sering memberi tazkirah (dibaca amaran) bahawa para penulis, wartawan, sasterawan, akan menjadi manusia pertama dihumban ke dalam api neraka. Ini berdasarkan hadis Nabi bahawa barang siapa yang melakukan satu sunnah yang baik dan diikuti oleh manusia lain, ia akan diberi ganjaran selama mana apa yang disarankan itu menjadi ikutan manusia yang diserunya. Sebaliknya satu sunnah yang buruk (habtih)yang diikuti orang lain, akan menambah dividen dosa selama mana saranan buruk itu menjadi ikutan orang lain. Kenapa penulis, wartawan, sasterawan akan jadi penghuni neraka yang terawal? Sebab ada di kalangan golongan ini yang kerjanya bersekongkokol dengan syaitan untuk mengadudombakan manusia untuk maslahat peribadi untuk disenangi oleh manusia tetapi bukan untuk mardhatillah. Termasuk dalam golongan ini adalah penulis upahan yang kerjanya mengambil upah untuk membunuh orang lain (character assasination) terutamanya orang politik.

Panggung wayang kini ada dalam setiap rumah orang Islam. Sebagai ketua keluarga, sang ayah berkewajipan untuk menetukan apakah wayang yang sesuai untuk ditayangkan kepada penonton (isteri dan anak-anak). Kalau semua stesen tv baik yang local atau yang dipancarkan oleh satelit sudah tidak mampu mencerna bi'ah bagi melahirkan generasi robbani, maka alternatifnya, gantikan saja dengan VCD Al -Quran. Sesuatu yang tidak disenangi syaitan.

Ini bukan pandangan ortodok. Ini adalah fikrah alternatif bagi menanangi fitnah akhir zaman yang semakin parah.

Saya tak perlu bicara halal dan haram (seperti yang sering diwawarkan oleh ahlul fikqhiah). Bicara ini adalah berdasarkan wa'yul islami yang seolah-olah sudah dagang sesusai dengan Hadith Nabi Ba da'al Islamu ghariban.........(bermula Islam itu dagang).

Memanglah tidak ideal bagi satu keluarga Muslim anak beranak duduk depan tv dan sama-sama menyaksikan babak-babak yang merangsangkan syahwat.

Wallahu 'alam.

salam penyair
Ramli Abdul Rahim

.............................................

Isteri "Modify" Ruang Tamu

Assalamu'alaikum.

Mungkin ramai tidak bersetuju dengan tajuk yang saya utarakan. Tetapi kalau seorang yang mengaku pendakwah, masih ada masa untuk menonton sampah2 dan maksiat yang dipaparkan diTV, saya rasa kita perlu muhasabah diri kita.

Melalui TV, maksiat yang dilakukan diHollywood, Bollywood, Dengkilwood, dan Ibliswood yang lain, dibawa masuk keruang tamu rumah kita. Fitnah dan cerca disebarkan luas. Segala jenis perempuan sundal dipaparkan.

Mungkin ada yang memberi alasan ia sumber maklumat, dan ada program2 ugama dan pendidekan, ha..ha..haa, masing2 perlu bertanya diri sendiri dengan jujur dan ikhlas didalam perkara ini..

Saya berpendapat, menonton TV bukanlah satu tabiat yang baik bagi mereka yang mengaku diri mereka seorang pendakwah Islam. Bukan saja menonton TV, tetapi seorang muslim bukanlah seorang penonton apa2 pun. Bukan penonton bola, penonton perang, penonton kezaliman, penonton maksiat dsbnya. Amanah kita amat besar diMuka Bumi ini.Ia hanyalah pandangan peribadi.

Semuga Allah memberkati usaha dan 'amal kita.

Rabuan.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 15 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com