Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Perutusan Hari Raya Aidil Fitri oleh Musyidul Am Pas

"Dan (ingatlah), ketika Ibrahim berkata:" Ya Tuhanku, jadikanlah negeri ini (Mekah), negeri yang aman". (Surah Ibrahim: Sebahagian Ayat 35)

Marilah kita sama-sama mengulangi kesyukuran untuk terus membesarkan Allah dengan penuh keikhlasan. Kita bersyukur kerana terhutang budi dengan segala limpah kurnia-Nya yang telah mengizinkan kita melalui ujian Ramadhan yang penuh mubarak ini dengan sejahtera.

Kalau Ramadhan adalah kemuncak segala bulan maka 1 Syawal adalah mahkotanya. Sempurnalah iman dan amal seseoang jika telah menghayati semangat ibadah puasa dengan segala syarat, wajib, rukun dan sunat-sunatnya semua sekali termasuk tarawikh, tadarus, berderma dan lain-lain. Dia akan keluar bagai sehelai kain putih di pagi fajar Syawal yang menjelang.

Sesungguhnya semangat melawan hawa nafsu adalah sebati dengan Islam. Islam lahir dalam semangat berjuang. Sehabis tidak, kita berjuang melawan hawa nafsu. Justeru berjayalah, maka kita diharamkan berpuasa di hari raya. Kita dikehendaki merayakan kemenangan.

Dalam rangka perjuangan yang lebih besar kita melihat junjungan Nabi kita Muhammad saw telah menolak tawaran-tawaran oleh kerajann Mekah pimpinan Abu Suffian, Abu Jahal dan YB AbuLAhab berupa perempuan yang cantik, harta, pangkat dan pelbagai kemiudahan perubatan semata-mata apabila diminta untuk berhenti daripada menyatakan kebenaran.

Ini pun satu bukti jelas betapa menolak upah, rasuah dan pujukan demi meneruskan kerja kebenaran adalah sebagai satu amalan yang terpuji.

Puasa mengajar kita untuk menolak nafsu yang jahat. Di luar bulan pusa pun, semangat perjuangan yang diambil benih melawan dari Ramadhan seharusnya diteruskan untuk melawan segala kerja syirik, khurafat, rasuah, penyalahgunaan kuasa dan kedudukan serta pelbagai pemikiran sekular yang sesat.

Hari Raya dalam Islam datang dalam sejarahnya yang tersendiri. Jauh dari sifat meniru, Nabi s.a.w pernah melafazkan kata-kata yang berbunyi: "Kita tidak payah turut hari nairuz (hari tahun baru) seperti yang sedang dirayakan oleh mereka kerana kita ada hari kebesaran kita. Inilah dia "Hari Raya". Baginda menyebut perkataan ini sebaik-baik saja sampai di Kota Madinah.

Dalam semangat bermaaf-maafan saya suka mengajak diri saya sendiri dan seluruh umat Islam tanpa mengira keturunan untuk meraikan "Hari Besar" kita ini.

Dengan penuh kesedaran untuk terus melawan hawa nafsu, sama-samalah kita memuja dan memuji Allah SWT semata-mata dengan sebanyak-banyaknya. Bergembiralah dalam suasana yang terpelihara. Teruskan berpuasa dan Selamat Menyambut Hari Raya setiba waktunya.

Maaf Zahir Batin.

YB Tuan Guru Datuk Hj Nik Abd Aziz Nik Mat
Musyidul Am
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 14 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com