Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Perutusan Hari Raya Aidil Fitri oleh Presiden Pas

Allahu Akkbar! Allahu Akkbar! Allahu Akkbar!

Saya mewakili seluruh saf jemaah pimpinan PAS dari peringkat yang tertinggi hinggalah di peringkat negeri, kawasan dan cawangan ingin merakamkan rasa syukur Alhamulillh kepadaAllah SWT dan selawat dan salam kepada Rasulullah s.a.w, para sahabat dan tabiin kerana kita umat Islam telah selamat menjalankan ibadah puasa dan dapat menghidupkan sebulan Ramadhan al-Mubarak. Mengambil kesempatan anugerah Allah SWT ini saya mengucapkan "Selamat Hari Raya" kepada seluruh umt Islam di Syawal ini khususnya para ahli jemaah perjuangan Islam yang kita dukung bersama untuk satu tempoh yang telah kita lalui dan kesinambungan perjuangan yang masih panjang merentangi perjalanan kita.

Ramadhan yang kita lalui, hendaknya mendidik kita menjadi mereka yang mencapai tahp ketakwaan yang simpulannya kukuh padu untuk satu penerusan perjuangan yang tetap akan bukan lagi menemui onak dan duri tetapi tribulasi tersusun pihak yang ingin menghancurkan saf kita. Saf perjuangan kita tidak setakat perlu tersusun dan teratur tetapi tersimpul kukuh padu dalam simpulan. Istiqamah dan ketakwaan yang tidak dapat mungkin dirungkai lagi.

Suasana politik dalam negeri begitu gawat baik ekonomi dan pemasalahan sosialnya.Perjuangan kita difitah dengan pelbagai rupa, disekat, ditekan dengan pelbagai langkah dan tindakan yang kadang-kadang ganas tetapi percayalah memang menjadi lumrah perjuangan untuk menegakkan keadilan dan kebenaran dari zaman ke zaman akan melalui ujian sebegini yang hanya berjaya diperolehi dengan kita menjadi orang-orang kental menempuhnya untuk menjadi orang-orang muqarrabin.

Tindakan memenjarakan sudah, tindakan lebih berat dari itu juga sudah, tetapi perjuangan ini dengan kehendak dan izin Allah tetap mantap dan kukuh sehingalah janji Allah yang menjanjikan kemenangan akan tercapai.

Situasi antarabangsa pula sama gawatnya, umat Islam menjadi "kambing-kambing yang dibaham serigala" di mana-mana sahaja. Pihak musuh mempunyai segala kekuatan dan kecaggihan peralatan perang yang paling terkini dan umat Islam menjadi sasaran pengeboman dan pembunuhan. Di Afganistan, Palestin, Kashmir dan di mana-mana sahaja umat Islam menjadi korban Ummah Cleansing musuh-musuh Islam.

Dalam keadaan sedemikian parah pun, banyak negara Islam yan pemimpinnya bernama Islam, membuat program-program Islam tempelan, hanya menjadi talibarut dan turut sama dalam program pembersihan ummah ini.

Ada pula yang menjadi penonton seperti OIC yang hanya mampu membuat exercise perhubungan awam dengan mengeluarkan kenyataan-kenyataan bantahan. Tidak lebih dari itu. Hakikatnya mereka bersekongkol dengan musuh Islam kerana semata-mata menjaga kepentingan politik suku sakat, kroni dan puak-puak mereka.

Inilah malang yang menimpa ummah sejagat. Apa yang tinggal dan masih meneruskan perjuangan untuk menegakkan Agama Allah, kebenaran dan keadilan sejagat ini ialah golongan-golonan yang seperti Rasulullah nyatakan bahawa akan ada di kalangan umatku, mereka yang akan tetap mempertahankan kebenaran dan keadilan yang menjadi milik Allah itu. Sebagai golongan yang mendokong amanah Nabi Muhammad saw mempertahankan agama Allah, segala keadilan dan kebenarannya marilah kita memperbaharui komitmen kita dengan istiqamah kepada simpulan perjuangan untuk kita melepasi setelah menangani bersama halangan-halangan yang dihadapkan kepada kita dalam perjuangan ini.

Situasi yang ada dihadapan kita memerlukan pengorbanan besar untuk kita membebaskan diri dari belenggu penguasaan dan penjajahan yang mengongkong umat Islam di mana sahaja. Perjalanan perjuangan ini masih jauh, bersimpang siur tetapi dengan kebulatan aqidah ummah, ganjaran dan kemanisan perjuangan ini akan mendapat reda Allah akhirnya.

Allahu Akkbar! Allahu Akkbar! Allahu Akkbar! Walillahil hamd.

YB Datuk Hj Fadhil Mohd Noor
Presiden,
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 14 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com