Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Perutusan Hari Raya Aidil Fitri oleh Timb Presiden Pas

Saya bagi pihak kerajaan negeri mengucapkan Selamat Hari Raya Idul Fitri kepada seluruh rakyat Negeri Terengganu. Marilah kita sama-sama eratkan hubungan persaudaraan Islam di kalangan kita bagi melihat Terengganu terus makmur di bawah rahmat Allah SWT.

Tahun ini kita menyambut Idul Fitri dakam suasana meriah, tetapi kita berhemat dalam perbelanjaan bagi mempastikan rezeki Allah yang tetap melimpah ruah dimanfaatkan untuk kebaikan dunia dan akhirat.

Kita sepatutnya menjadikan Idul Fitri sebagai jambatan untuk membawa amalan puasa Ramadhan ke bulan-bulan yang lain kerana para ulama merasakan alangkah baiknya seluruh bulan dijadikan bulan Ramadhan.

Di samping kita bertakbir membesarkan Allah, jangan sekali-kali kita lupa terhadap golongan fakir miskin. Kita berusaha sedaya upaya membantu mereka meringankan bebanan keperluan untuk berhari raya sebagai manifestasi iman dan ketaqwaan kita kepada Allah SWT.

Kita juga tidak lupa kepada keganasan Amerika dan Yahudi di Palestin dan Afghanistan yang menzalimi saudara-saudara kita dan cuba menghancurkan kedaulatan bumi umat Islam.

Umat Islam sewajibnya berusaha untuk mengembalikan maruah mereka yang tercemar akibat keganasan itu dengan jihad kerana kemuliaan sesuatu umat itu adalah dengan jihad. Apabila mereka meninggalkan jihad, maka Allah akan menimpakan musibah kemusnahan ke atas mereka.

Tidak hairanlah mengapa kesatuan mereka atas nama Islam berkecai sehingga mereka mudah diperkotak-katikkan oleh Amerika dan Yahudi di seluruh dunia.

Marilah di saat kita mengenang kekuasaaan Allah menghancurkan tentera Ahzab, kita membebaskan diri kita dari belenggu kongkongan kuasa-kuasa besar dunia dan kita berusaha menjadikan negeri kita sebagai tempat yang subur untuk melaksanakan syariat Allah.

Umat Islam di mana juga mereka berada, bertanggungjawab menjadikan Terengganu bebas dari sebarang ancaman musuh yang berhasrat menghalang cita-cita kerajaan itu daripada berjaya dilaksanakan.

Umat Islam juga bertanggungjawab mengembalikan semula maruah Terengganu yang tercabar akibat rompakan royalti petroleum dan gas yang dilakukan oleh Kerajaan Pusat.

Akhirnya, sekali lagi saya bagi pihak kerajaan negeri mengucapkan selamat menyambut Idul Fitri, Maaf Zahir dan Batin. Semoga Allah merahmati dan memberkati hari raya kita kali ini dan kehidupan kita di dunia dan di akhirat. Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Walillahi hamd!

YAB Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang
Timb Presiden,
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 14 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com