Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Perutusan Hari Raya Aidil Fitri oleh ketua Pemuda Pas

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) melahirkan kesyukuran kepada Allah swt kerana pada hari ini seluruh umat Islam telah berjaya melaksanakan tanggungjawab untuk menunaikan ibadat puasa dan mendirikan Ramadhan dengan cemerlang pada tahun ini. Kejayaan umat Islam melaksanakan ibadat puasa, zakat, tarawikh dan tilawah sepanjang Ramadhan ini merupakan satu madrasah yang mendidik untuk terus tunduk, patuh dan berserah kepada Allah. DPP Pusat mendoakan semoga objek takwa yang digariskan pada bulan Ramadhan lalu telah berjaya dicapai oleh seluruh umat Islam.

Ramadhan yang difardhukan berpuasa sebenarnya telah mendidik jiwa umat Islam supaya berjuang untuk menghadapi cabaran dan persaingan dalam kehidupan ini. Umat Islam tidak diajar supaya menyerah kalah kepada runtunan nafsu yang menguasai diri, sebaliknya bekerja keras untuk muncul sebagai pemenang dalam peraduan itu. Justeru, umat Islam mesti memasang tekad untuk terus muncul sebagai pemenang dalam pertarungan menegakkan keadilan dan kebenaran. Umat Islam tidak boleh mengaku kalah, sebaliknya terus memperjuangkan idealisme walaupun dicuba dengan pelbagai kekangan oleh kezaliman.

Puasa selama sebulan telah mengajar kita erti kesabaran dan membentuk sikap berpada-pada dalam kehidupan. Kita mengharamkan makanan-makanan yang halal ketika kita berpuasa dan kita mengharaamkan hubungan dengan isteri ketika kita berpuasa walhal kita menyedari bahawa kita berhak ke atas semua itu.

Maka sudah tentu pada bulan-bulan lain kita begitu jijik untuk memakan harta yang haram seperti melalui riba, rasuah, penyelewengan dan penindasan serta berasa jijik untuk melakukan maksiat terhadap Allah. Sangat wajar kita meneruskan perjuangan untuk menghapuskan segala bentuk penindasan. Penyelewengan dan maksiat setelah kita berjaya menunaikan ibadat puasa.

Pada pagi Hari Raya Aidil Fitri kita digalakkan untuk bergembira dan melaungkan slogan-slogan kegembiraan. Tetapi Islam mengajar kita untuk bergembira dalam lingkungan yang ditetapkan. Kita diajar untuk bertakbir, bertahmid dan bertasbih sebagai cara melahirkan kegembiraan. Umat Islam mestilah menjauhi aktiviti maksiat dan hiburan melampau yang sangat bercanggah dengan Islam. Para pejuang Islam mesti mempakejkan semula Hari Raya ini supaya ia tidak menjadi setaraf dengan hari raya orang bukan Islam. Hari Raya merupakan hari kemenangan dalam perjuangan kita untuk menyatakan ketaatan kepada Allah. Lalu mengapa kita simpulkan ibadatkan dengan aktiviti maksiat?

Bertakbir menjadi amalan umat Islam yang disyariatkan oleh Allah. Mengapa takbir disebut tentang tentera Allah, perang, ahzab dan kebencian orang kafir? Ini sangat relevan ketika umat Islam ditindas diseluruh dunia termasuk Afghanistan dan Palestin yang dikepung oleh tentera Ahzab. Inilah peringatan Allah yang sangat jelas bahawa kegembiraan kita mestilah ditimbal oleh perasaan persaudaraaan kepada umat Islam yang lain disamping terus berwaspada terhadap gerakan musuh yang akan terus memerangi umat Islam.

Akhirnya DPP Pusat mengharapkan umat Islam terutama di Malaysia supaya menjadikan latihan Ramadhan dan sambutan Hari Raya Aidul Fitri sebagai batu loncatan untuk melonjakkan diri dalam perjuangan menegakkan agama Allah dimuka bumi ini. Persaingan yang diwujudkan oleh musuh Islam mesti ditangani dengan bersungguh-sungguh seperti mana tentera musuh bersungguh-sungguh memerangi Islam. Mudah-mudahan pada tahun ini umat Islam akan beroleh kemenangan hasil daripada didikan rabbani pada Ramdhan yang lalu.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allah Akhbar!

YB Hj Mahfuz Omar
Ketua Pemuda,
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 14 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com