Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Syahid dalam Islam

Apakah yang digambarkan dalam peristiwa Isra’ dan Mikraj merupakan suatu yang realistik ataupun hanya gambaran sahaja? – Mohd Shauki Abdul Razak, Seberang Takir, Kuala Terengganu.

Ianya adalah kenyataan berkaitan dengan amalan manusia yang akan dibalas di akhirat kelak berdasarkan apa yang telah dilakukan di dunia ini di dalam bentuk dan gambaran yang difahami.

Apakah ada manusia yang menjadi penghuni Neraka dan menjadi bahan bakar di dalamnya, sebelum di hisab di Padang Mahsyar? – Haji Roslan Abdul Rahman, Kijal. Kemaman.

Tidak ada.

Tolong tuan nyatakan siapakah golongan yang masuk syurga tanpa hisab? – Sharifah Azizah Syed Othman, Kuala Terengganu.

Diantara mereka golongan yang menyerahkan diri mereka kepada Allah S.W.T dengan bertaqwa kepadanya.

Apakah dosa seseorang yang mati syahid dihapuskan selepas dia syahid dan nyatakan kelebihan orang yang mati syahid? – Penentang Keganasan AS, Hulu Terengganu.

Dosa itu dihapuskan jika ianya berkaitan dengan hak Allah S.W.T, tetapi jika ianya berkaitan dengan makhluk maka ia perlu mendapat kemaafan daripadanya.

Di antara kelebihan syahid, mendapat jaminan memasuki syurga Allah S.W.T, hidup di dalam kubur mereka mendapat kurniaan untuk memberi pertolongan kepada orang lain di akhirat kelak, darahnya harum.

Bagaimana jika sekiranya orang yang berhutang mati syahid, apakah rohnya tergantung, tidak di masukkan ke dalam syurga atau bagaimana? – Nu’man Imran, Kuala Besut.

Orang yang mati syahid diampunkan dosa-dosanya kecuali hutangnya sesama makhluk sebagaimana difahamkan dari sebuah hadith riwayat muslim. Mengenai rohnya itu terserahlah kepada Allah S.W.T.

Apakah seorang usahawan Islam disifatkan sebagai mati syahid apabila mati di bangunan yang diserang oleh kumpulan tertentu di negara bukan Islam seperti Amerika? – Fatimah Muhamad, Hulu Kelang, Selangor.

Dia dianggap mati syahid akhirat.

Sila tuan nyatakan jenis-jenis mati syahid dalam Islam. – Fatimah Muhamad, Hulu Kelang, Selangor.

i. Syahid Dunia ialah orang Islam yang mati di dalam mempertahankan negara, tanahair, maruah diri, harta benda dan sebagainya.

ii. Syahid Akhirat ialah orang Islam yang mati seperti dalam kebakaran, lemas, kemalangan jalanraya, semasa beranak, taun dan lain-lain penyakit.

iii. Syahid dunia dan akhirat pula ialah orang Islam yang mati kerana mempertahankan agama Allah dengan menentang orang kafir yang memerangi orang Islam.

Syahid dunia dan akhirat inilah yang tidak di mandi dan disembahyangkan di dunia ini, adapun dua jenis syahid yang lain hendaklah dilakukan sebagaimana biasa.

Bagaimanakah hukumnya seorang lelaki yang berperangai yang dibuat-buat seperti perempuan? – Anti Pondan, Kuala Terengganu.

Haram.

Apakah hukum seorang lelaki atau perempuan yang melakukan pembedahan menukarkan jantinanya? – Abdul Aziz Yusof, Dungun.

Haram.

Sah ataupun tidak sembelihan seekor ayam jantan yang saluran pernafasannya putus di sebelah atas halqumnya tidak di sebelah bawah? Kalau tidak sah, nyatakan mengapa ia boleh berlaku?

Sesuatu sembelihan hendaklah mengikut syarat yang telah ditetapkan supaya ianya sah disegi syarak, sekiranya ianya tidak membetuli apa yang dikehendaki maka ianya tidaklah sah.

Oleh kerana itu hukum hakam di dalam agama hendaklah dipelajari supaya semua ibadat menjadi sah disisi syarak.

Diantara syarat sah sembelih ialah memutuskan halqum (saluran pernafasan) dan marriknya (saluran makanan dan minuman).

Marrik ialah biji yang ada pada hujung halqum ayam jantan yang sudah berkokok. Perkara ini perlu dipelajari supaya sembelihan menjadi sah.

..................................................................
Warta Darul Iman : Soal-Jawab bersama Mufti Terengganu Asy Syeikh Abdul Halim Abdul Kadir.




        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 10 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com