Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Tahap keamanan Malaysia memuaskan

KUALA TERENGGANU: Presiden Pergerakan Keadilan Sedunia, Dr. Chandra Muzaffar berkata, Malaysia bertuah kerana tahap keamanannya memuaskan dan rakyatnya masih boleh bertoleransi walaupun bilangan kaum yang mendiaminya lebih kompleks berbanding negara-negara lain. Ini kerana semua kaum memahami budaya yang ada dalam kelompok kaum masing-masing.

Katanya, perkongsian hidup antara kaum boleh menjamin kestabilan politik, ekonomi dan sosial selagi tidak bercanggah dengan hukum syariat. Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis dialog di Yayasan Islam Terengganu (YIT) di sini pada 16 September lalu. Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga, Ustaz Ismail Che Dagang, mempengerusikan majlis itu. Dr. Chandra berkata, banyak cabaran yang terpaksa dihadapi termasuk sikap masyarakat yang ‘stereotaip’ dalam membuat penilaian.

"Sikap-sikap yang tidak baik seperti prejudis juga boleh menimbulkan satu keadaan yang bahaya dan penghalang terhadap perhubungan rumpun bangsa di Malaysia," ujarnya. Sementara itu, beliau berkata, perbincangan peradaban antara Islam dan Konfusius perlu kerana manusia berada di era globalisasi yang lebih mencabar ruang lingkup kehidupannya. "Kedua ajaran itu mempunyai penganutnya masing-masing di negara ini," jelas beliau.

Antara matlamat dialog itu ialah untuk menjustifikasikan nilai-nilai murni dalam hubungan muslim dan non muslim di samping menyuntik kefahaman tentang peradaban antara muslim dan non muslim di Malaysia sekaligus memperlihatkan persamaan dan perbezaan di kalangan mereka. Turut hadir dalam dialog tersebut ialah Pengarah YIT, Dr. Abdullah Abu Bakar, Pengarah Yayasan Terengganu, Haji Yusoff Tahir dan Pengarah Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu (KUSZA), Haji Ismail Abdul Halim. Kira-kira 100 kakitangan jabatan kerajan negeri hadir.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 11 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com