Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Terengganu lancar perkaderan belia

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Negeri melancarkan aktiviti perkaderan atau kursus pembangunan belia supaya para belia termasuk dari kalangan mat motor menjadi kalangan yang bertaqwa. Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan Pelancongan, Wan Hassan Mohd Ramli berkata, golongan mat motor adalah sebahagian aset dan generasi akan datang yang merupakan intipati dan paksi kewujudan dan kelangsungan sesebuah negara.

"Masa depan agama, bangsa juga sebenarnya terletak di tangan generasi belia," katanya ketika merasmikan Forum Isu-isu Semasa Mat Motor anjuran Kelab Motosikal Pilihan Terengganu (Kempit) dan Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) di Pantai Batu Buruk, di sini, baru-baru ini. Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pegawai Khasnya, Encik Ismail Mohd. Pengarah YPK, Haji Ismail Che Dagang, Ketua Polis Trafik Negeri, Deputi Supritendan Alias Sam dan Pegawai Kanan JPJ, Encik Nazili Abdul Hamid menjadi ahli panel forum tersebut.

Katanya, para belia sering terdedah dengan ancaman penyakit sosial seperti kegiatan jenayah, lumba haram, penyalahgunaan dadah dan lain-lain menyebabkan mereka sering dipersalahkan walaupun mencapai kejayaan dan membuat kebaikan. Sehubungan itu, usaha penganjur mengumpulkan mat motor melalui forum seperti itu harus dipuji kerana dapat mengenal pasti sebab, kehendak serta sumbangan yang boleh mereka berikan.

"Tidak semua aktiviti mereka ke arah jalan maksiat, tinggal lagi kita harus berbincang bagaimana hobi atau aktiviti mat motor boleh dimanfaatkan ke arah jalan taqwa," ujarnya. Menurut beliau, portfolio Belia, Sukan, Kebudayaan dan Pelancongan Negeri, mengiktiraf KEMPIT sebagai satu NGO yang perlu diberikan kerjasama. "Kita berharap, gunakanlah hobi serta KEMPIT ini sebagai platform bagi mencari alternatif ke arah mana mat-mat motor ini hendak disatukan," katanya.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 11 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com