Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Pertahan imej peniaga Islam dengan amalan agama

KUALA TERENGGANU: Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Peniaga Kecil dan Hal Ehwal Pengguna, Haji Mohd. Abdul Wahid Endut menggesa para peniaga supaya mempertahankan imej peniaga Islam. Sehubungan itu, katanya para peniaga hendaklah menawarkan harga yang berpatutan dan tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barangan ketika ramai pengunjung membeli bekah di premis masing-masing. Di samping itu, para peniaga dan penjaja juga perlu bersikap mesra pelanggan bagi mewujudkan suasana yang harmoni dengan pembeli dan menjaga kebersihan kawasan gerai masing-masing.

"Saya bangga kerana pihak penganjur menyediakan hadiah istimewa kepada pemilik gerai yang bersih sepanjang pesta ini diadakan," katanya ketika berucap mewakili Menteri Besar, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang merasmikan Pesta Penjaja dan Peniaga Kecil Terengganu 2001 di Padang Syahbandar, di sini, baru-baru ini.

Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia, Dato’ Ramli Norani turut hadir. Haji Abdul Wahid juga berharap para peniaga mengambil berat dalam perkara agama seperti solat khususnya waktu Maghrib. Katanya, bertepatan dengan peraturan penganjur yang telah menetapkan supaya perniagaan dihentikan 15 minit sebelum dan selepas waktu itu.

"Janganlah sekadar tak berniaga sahaja pada waktu itu, tapi kita juga hendaklah menunaikan solat kerana kita mencari rezeki yang halal untuk nafkah keluarga," katanya. Sementara itu, Kerajaan Negeri menggalakkan para peniaga terutama di kalangan bumiputera di negeri ini supaya menceburi bidang pemborongan dan peruncitan.

Menurutnya, bidang itu tidak memerlukan modal yang besar tetapi mesti mempunyai kecekapan dalam pengurusan kewangan. Katanya, Kerajaan Negeri memberi keutamaan kepada para peniaga untuk meningkatkan kecekapan masing-masing bagi menceburi bidang itu yang telah menyumbangkan hampir RM40 bilion kepada nilai dagangan negara.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 11 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com