Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Perjuangan niat kerana Allah jika gugur mati syahid

Apakah sikap yang harus diambil oleh pendakwah andainya ia merasai takut bencana akan menimpanya akibat dakwahnya? – Azizah Mat Nor, Kuala Berang, Hulu Terengganu.

Pendakwah ialah orang yang menyeru kepada melakukan kebaikan dan melarang daripada melakukan kejahatan. Di dalam hal ini kita perlu kembali kepada hadith Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:"Sesiapa yang melihat kemungkaran maka hendaklah mengubah dengan tangan (Kuasa), Jika tidak mampu maka dengan lisan dan jika tidak mampu juga maka benci dengan hati.

"Sesungguhnya benci dengan hati itu adalah sedhaif-dhaif iman." Bagaimanapun perlu ada kebijaksanaan dalam menyampaikan dakwah.

Adakah disyaratkan bahawa pendakwah itu hendaklah seorang yang bersifat adil , tidak harus ia menyeru orang lain, kalau dia sendiri tidak beramal dengan ilmunya itu? – Syarifah Nadiah Syed Ahmad, Jerteh, Besut.

Jawapan:

Benar, seseorang pendakwah mestilah mengamalkan dahulu kebaikan sebelum dia mendakwahkannya kepada orang lain.

Firman Allah dalam Surah An-Nahl ayat 125 yang bermaksud: "Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksnaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik."

Firman Allah dalam Surah As-Sof ayat 2 hingga 3 bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya." "Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya."

 

Adakah peperangan di Palestin sekarang,dan setengah-setengah Negara Islam lain dianggap sebagai berjihad pada jalan Allah dan orang-orang yang gugur disifatkan sebagai syuhada’? – Mujahid, Kuala Terengganu.

Ya, kalau niatnya adalah kerana Allah dan untuk menegakkan agama Allah.

 

Apakah yang harus saya lakukan selanjutnya apabila sembahyang saya terlambat kerana tertidur? – Abdullah Ahmad, Kota Bharu, Kelantan.

Apabila terjaga maka tunaikanlah sembahyang yang terluput tadi dengan segera.

 

Dimanakah batas-batasnya kesenian yang diperbolehkan dalam Islam? – Peminat Seni, Dungun.

Selagi ianya tidak melanggar konsep syariat Islam.

 

Dalam keadaan bagaimana seorang pelukis dilarang melukis gambar yang mempunyai roh atau nyawa, umpamanya manusia, burung dan sebagainya? – Aziz Ibrahim, Setiu.

Di dalam semua keadaan.

 

Sahkah sembahyangnya para wanita, apabila sedang mengerjakan sembahyang tersebut, telapak kakinya terdedah? – Anisah Abdul Aziz, Petaling Jaya, Selangor.

Sekiranya dia sedari perkara tersebut hendaklah dia menutupnya dengan segera, jika tidak sembahyangnya tidak sah.

 

Bagaimana hukumnya seandainya saya makmum, kemudian suara saya itu terdengar oleh Imam? – Mohd. Hanif Othman, Kemasik, Kemaman.

Tidak mengapa, tetapi sepatutnya suara makmum tidak mengganggu pembacaan imam.

 

Makanan yang mentah seperti daging, ikan yang belum dimasak hukumnya haram dan bagaimana pula dengan makan telur ayam yang mentah apakah hukumnya? – Abdul Jalil Awang, Kuala Terengganu.

Sebenarnya makanan mentah seperti daging, ikan, telur dan sebagainya adalah harus dimakan sebelum dimasak.

 

Ada di kalangan umat Islam berangapan bahawa memotong kuku dan bercukur pada waktu malam adalah ditegah. Apakah hukum berhubung dengan masalah itu? – Ahmad Ismail, Kampung Gelugur, Marang.

Hukumnya tidak mengapa, tetapi sebaik-baiknya hendaklah dilakukan di waktu siang hari untuk mengelakkan luka atau tersalah.

..................................
Warta Darul Iman : Soal-Jawab bersama Mufti Terengganu Asy Syeikh Abdul Halim Abdul Kadir.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 11 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com