Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Bersihkan Batu Enam dari imej Pekan ‘Cowboy’

Saudara Pengarang,

Pekan Batu Enam yang terletak di sebelah utara Kuala Terengganu dalam perjalanan ke Kota Bharu adalah ibarat pekan ‘Cowboy’. Mutakhir ini Pekan Batu Enam tidak ubah seperti sebuah pekan ‘cowboy’; tiada peraturan, sesak dan menyesakkan. Sesiapa saja seolah-olah boleh parking motokarnya di merata-rata tempat, bertindih-tindih ikut suka hati walau pun boleh mengganggu dan menghalang orang lain.

Jika terasa hendak berniaga boleh berniaga di mana saja walaupun di tengah jalan atau di tempat orang lalu lalang dan walaupun boleh mengganggu lalu lintas dan walaupun di depan orang ramai. Jika ada yang hendak merosakkan barang atau harta benda orang lain, buatlah, dan tiada orang akan ambil tahu. Siapa berani ambil tindakan kepada orang Batu Enam? Inilah tanggapan kebayakan orang kepada Batu Enam sejak akhir-akhir ini.

Oleh itu saya menyeru ingin menyeru pihak yang berkuasa dapat mengambil tindakan sewajarnya sebelum sesuatu berlaku. Tidak payahlah tunggu orang mengadu baru masing-masing hendak buka mata. Utamakanlah keamanan dan keharmonian masyarakat. – Kak Long, Pekan Batu Enam.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 14 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com