Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Penagihan dadah perlu ditangani

Saudara Pengarang,

Kampung Kolam Kuala Ibai, Kuala Terengganu dilanda najis dadah. Di situ berkumpul penagih dan pengedar dadah. Ia menyebabkan punca berlaku masalah sosial yang lain. Mereka menjadikan taman perumahan awam sebagai lokasi jual beli dan melepaskan gian. Taman Permainan Kanak-Kanak yang terbiar di Taman Koperasi Kuala Ibai menjadi sarang utama. Demikian juga kawasan bawah Jambatan Kuala Ibai.

Sebahagian mereka terlibat kes pencurian motosikal, lumba haram, merosakkan harta awam iaitu pondok telefon dan pecah rumah. Mereka berusia antara belasan tahun hingga 30-an. Mereka bergiat seawal Maghrib hingga lewat malam dan berpakaian kain pelekat dan berkopiah putih. Cara terakhir mereka memperdaya mangsa ialah mengekori wanita yang menonggang motosikal dan menahan mereka kononnya ezos motosikal rosak. Mereka pura-pura menawarkan bantuan untuk membaiki, mengambil wang dan terus menghilangkan diri. Malangnya mangsa tidak tampil membuat aduan.

Dalam pada itu Chendering juga menjadi tapak pengedaran dadah antara terbesar di Kuala Terengganu. Jalan Sekolah Kebangsaan Chendering, Pasar Malam Setiap Selasa, Simpang Empat Chendering menjadi lokasi untuk melakukan kegiatan jenayah itu. Polis perlu bertindak lebih agresif untuk menangani masalah tersebut. – Cucu Panji Alam, Kuala Ibai.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 14 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com