Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Pakistan perlu belajar kesilapan silam

Saudara Pengarang,

Saya sangat bimbang dengan kenyataan Presiden Bush hendak menggunakan ruangan udara Pakistan untuk menyerang Afghanistan dan terkejut Presiden Pakistan pula bersetuju ruang udaranya digunakan untuk menyerang jirannya. Pemimpin Pakistan patut belajar dari kesilapan setengah pemimpin negara Islam yang bersetuju dengan PBB membenarkan Amerika menyerang Iraq dalam perang teluk dulu.

Sudah kita lihat ramai mana umat Islam Iraq terbunuh dan ramai mana pula kanak-kanak Iraq terburunuh dan menunggu mati kerana penyakit dan tidak cukup ubat dan makanan. Adakah pemimpin-pemimpin Islam itu tidak merasa berdosa terhadap umat Iraq? Nampaknya orang yang menjadi ketua di negara-negara Islam mudah lupa dan tidak sudah-sudah jadi alat orang.

Dalam kes Iraq dulu dunia seluruhnya tidak setuju Saddam Hussein menakluk Kuwait, tetapi membenarkan Amerika memerangi negara umat Islam bukan jawapannya. Dalam kes di Amerika, dunia tidak setuju dengan apa yang dikatakan gerakan keganasan, tetapi memerangi negara umat Islam iaitu Afghanistan bukan jawapannya. Adakah pemimpin Pakistan sekarang ditegakkan oleh Amerika apabila ia menggulingkan kerajaan pilihan rakyat dulu? – Zainal Abidin, Kuala Terengganu.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 14 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com