Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Pungutan zakat meningkat 12.21 peratus

KUALA TERENGGANU: Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) berjaya mengumpulkan zakat berjumlah RM14,579,710.58 sehingga Ogos tahun ini, berbanding RM12,993,356.73. pada bulan yang sama tahun lalu dengan peningkatan keseluruhannya sebanyak 12.21 peratus, kata Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, Dato’ Haji Alwi Muhamad.

Katanya, Kuala Terengganu terus kekal sebagai penyumbang terbesar zakat pada tahun ini dengan jumlah RM7,737,041.74 berbanding 7,614,775.95 bulan yang sama tahun lalu diikuti Daerah Kemaman, RM2,853,837.51 berbeza RM1,887,337.12 tahun lalu. Beliau berkata, pungutan zakat Daerah Besut juga meningkat kepada RM1,232,036.39 berbanding 1,033,203.52 tahun lalu.

Beliau berkata demikian ketika diminta menyemak pungutan hasil zakat sehingga ogos lalu di sini baru-baru ini. Katanya, bagi tahun ini, Daerah Dungun memungut sebanyak RM1,223,297.23, berbanding RM1,110,238.56 tahun lalu. Marang (RM637,372.31) berbeza tahun lalu (RM 550,041.07), Hulu Terengganu (RM593,193.71) berbanding RM520,511.51 tahun sebelumnya dan Setiu berbeza RM 277,249.00 tahun lepas.

Menurut beliau zakat simpanan mencatat angka paling tinggi sebanyak RM5,608,139.92 berbanding dengan jenis zakat yang lain, diikuti zakat fitrah (RM3,650,421.82), zakat gaji (RM2,584,745.65), zakat perniagaan, (RM242,303.63), zakat tanaman (RM213,098.96), zakat fitrah beras (RM57,804.69), zakat emas (RM26, 180.45), zakat binatang (RM15,774.40) dan zakat galian (RM511.00).

Katanya, keseluruhan jenis zakat meningkat sebanyak 12.21 peratus yang paling ketara ialah zakat gaji (250.89), diikuti zakat galian (100), zakat ternakan (86.68), zakat emas (48.13) zakat fitrah beras (35.60), dan fitrah wang (24.11). Sementara itu, zakat perniagaan mengalami peratus penurunan sebanyak 26.94 peratus zakat tanaman (12.62) dan wang simpanan (1.3723).

Penolong Setiausaha (Zakat) majlis itu, Encik Mohd Aidil Adha Tahir berkata, MAIDAM menitikberatkan kebajikan rakyat dan dasar yang diamalkan sekarang ternyata lebih telus terutamanya dalam pembahagian zakat kepada golongan miskin dan kurang upaya. Katanya, MAIDAM amat mengalu-alukan sumbangan zakat dari semua lapisan masyarakat Islam sama ada dari dalam dan luar negeri untuk kemakmuran ekonomi negeri khasnya.

Sehingga akhir tahun lalu, MAIDAM berjaya mengumpulkan sejumlah RM20.7 juta dan MAIDAM mengucapkan tahniah serta terima kasih kepada semua penyumbang zakat yang prihatin terhadap tanggungjawab yang telah diamanahkan.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 15 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com