Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


100 pain darah untuk Hospital Hulu Terengganu

KUALA BERANG: Jabatan Perhutanan Negeri berjaya mengumpulkan 100 pain darah dari 100 kakitangan kerajaan untuk tabung darah Hospital Daerah Hulu Terengganu sempena Sambutan Ulangtahun ke 100 jabatan itu di Pejabatnya di Sekayu di sini baru-baru ini. Penolong Pengarah Perhutanan, Encik Burhanuddin Haji Arshad berkata, ia merupakan satu daripada aktiviti yang diadakan sempena ulangtahun itu di samping aktiviti membersih denai hutan, pameran 100 tahun Jabatan Perhutanan, perkhemahan mengenali alam semulajadi dan larian cintai hutan.

"Jabatan Perhutanan sentiasa memberikan yang terbaik dalam perkhidmatannya dan masyarakat digalakkan memberi sokongan kepada Jabatan Perhutanan dalam usaha menjaga alam semulajadi," jelasnya.

Katanya, program seumpama itu dapat membantu golongan yang memerlukan dan mengeratkan hubungan persaudaraan sesama manusia sekaligus menampung kekurangan dalam tabung darah di hospital-hospital.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 15 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com