Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


MARPANITA lahirkan pendakwah serba boleh

HULU TERENGGANU: Markas Pengajian Islam Wanita (MARPANITA) kelolaan Yayasan Islam Terengganu (YIT) berfungsi melahirkan pendakwah berkaliber dan berupaya menyampaikan ilmu di masjid serta surau di seluruh negeri. Mudir MARPANITA, Encik Mustaffa Kamal Hamzah, 29, ketika ditemui WARTA di sini baru-baru ini berkata, markas yang satu-satunya di Terengganu itu menggabungkan dua ciri pengajian pondok termasuk moden dan tradisional.

Katanya, MARPANITA yang terletak di Kampung Pelandang, Tersat, Kuala Berang disini mempunyai tempoh pengajian selama empat tahun dan pengajian lebih tertumpu kepada bahasa arab, nahu, saraf, mutola’ah,pengajian hadith dan fekah. Di tahun pertama, pelajar lebih didedahkan kepada pengajian fekah dan tauhid. Kemudian pengajian bahasa arab diberikan penekanan yang lebih berbanding mata pelajaran lain pada tahun ketiga dan keempat.

"Pelajar-pelajar MARPANITA juga menjalani peperiksaan seperti sekolah-sekolah biasa pada tiap-tiap tahun dan pada tahun akhir, barulah, diberikan sijil ‘Itmam Shahadah’ kepada pelajar-pelajar yang berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang," jelasnya.

Kebiasaannya para pelajar, lepasan Markas Pengajian Agama (MARPA) di Kemaman dan MARPANITA mempunyai tahap ilmu yang lebih tinggi dan selalu menjadi rujukan orang ramai ketika mereka melanjutkan pelajaran ke mana-mana institusi pengajian tinggi.

Menurut Mustafa Kamal, sejarah penubuhannya bermula apabila seorang penduduk Kampung Pelandang di sini, Encik Mohamad Endut, mewakafkan tanahnya seluas 0.6 hektar untuk tapak markas itu tahun 1996 bersempena penemuan batu bersurat di Kuala Berang. Mustafa berkata, MARPANITA mempunyai bilangan pelajar seramai 46 orang, enam orang guru dan dibantu oleh tiga orang kakitangan pentadbiran.

Walaupun mempunyai kemudahan infrastruktur terhad, semangat pelajar-pelajarnya tidak pernah luntur untuk menimba ilmu sebanyak mungkin di MARPANITA. "Markas itu mempunyai sebuah perpustakaan untuk kemudahan pelajarnya membuat rujukan kitab-kitab," katanya. Keistimewaan pelajar-pelajar di sini ialah mereka sering ke masjid dan surau untuk menerangkan kepada masyarakat tentang apa yang telah mereka pelajari.

Selain itu, mereka dilatih berpidato dengan menggunakan teknik yang betul dan mengikuti kelas-kelas syarahan untuk memahirkan diri berdepan dengan masyarakat. Katanya, pelajar MARPANITA juga diwajibkan bersolat jamaah apabila tibanya waktu solat sekaligus tidak dibenarkan solat bersendirian serta mempunyai jadual pembacaan al-Quran yang tersusun.

Katanya, pelajar-pelajar lepasan MARPANITA ramai yang melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi seperti Kolej Sultan Zainal Abidin (KUSZA), serta universiti dalam dan luar negara. "Saya mengharapkan para pelajar MARPANITA mampu menjadi pendakwah berjaya, beriman, berilmu dan beramal serta mampu membimbing masyarakat kembali kepada kebenaran," ujarnya.

Orang ramai boleh juga memberi sumbangan material untuk kemajuan warga markas itu dan masa depan umat Islam. Untuk keterangan lanjut, orang ramai boleh menghubungi markas itu di talian 09-6251262.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 15 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com