Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Perusahaan ternakan ayam punyai prospek

KEMAMAN: Perusahaan menternak ayam daging mempunyai prospek yang baik untuk pertumbuhan industri ternakan itu berkembang maju di Terengganu sekiranya rakyat dan Kerajaan berganding bahu mengusahakannya. Justeru PTD Poultry Sdn. Bhd. (TD Poultry) sebagai sebuah anak syarikat TDM Berhad menghasilkan tidak kurang empat juta anak ayam setahun melalui Pusat Penetasan Ayam di Pulau Kerengga, Marang untuk memajukan industri itu.

Pengarah Eksekutif TD Poultry, Haji Mohd. Anuar Mukadir berkata, tidak kurang dari dua lokasi ternakan ayam dimiliki oleh syarikat itu termasuk 31 reban di Air Putih dan di Tebak (29) bagi menghasilkan daging ayam untuk pasaran tempatan. Bagaimanapun katanya, ia masih tidak mencukupi untuk keperluan tidak kurang 10 juta ayam daging setahun bagi keperluan rakyat negeri Terengganu.

Pasaran tempatan

Beliau berkata demikian ketika membawa WARTA melawat ladang-ladang ayam berkenaan di sini baru-baru ini. Katanya, setiap reban ayam berukuran 401.33 meter persegi boleh memuatkan kira-kira 3,500 ekor anak ayam dalam satu-satu masa. Katanya, ayam daging boleh dijual atau di sembelih ketika umurnya menjangkau 40 hari.

TD Poultry mempunyai kilang sendiri di Kawasan Perindustrian Chendering Kuala Terengganu untuk memproses ayam daging bersih dalam pelbagai jenis termasuk daging tanpa tulang, peha, hempedal dan hati, kepak, dada dan lain-lain dengan harga berpatutan. Katanya, peniaga-peniaga pasar malam dan orang ramai sering berkunjung ke kedai jualan, TDP Ayam Mart milik syarikat itu untuk mendapatkan daging ayam segar.

Sementara itu, pemantauan kesihatan sering dibuat oleh Kementerian Kesihatan dengan menghantar pegawai dan kakitangannya mengambil contoh ayam di kilang tersebut. Sehingga ini pihak kementerian itu tidak memperolehi sebarang penyakit berbahaya kepada kesihatan dari ayam yang diproses di kilang berkenaan.

Pemantauan kesihatan

Pegawai dari Jabatan Haiwan telah ditempat di kilang itu untuk memantau penyakit-penyakit ayam yang boleh menjejaskan industri ternakan ayam di Terengganu Menurut Haji Mohd. Anuar, TD Poultry juga menawarkan Skim menternak Ayam Secara ‘Contract Farming’ dengan enam faedah diperolehi oleh penternak termasuk pasaran terjamin, harga belian semula tertinggi dan tetap sepanjang tahun, harga belian semula berdasarkan berat ayam, makanan dan anak ayam berkualiti dan diberi secara kredit dengan harga terendah.

Khidmat nasihat secara percuma oleh doktor haiwan bertauliah dan keuntungan lebih lumayan jika dibandingkan dengan sistem upah. Untuk keterangan lanjut orang ramai boleh menghubungi ibu pejabat TD Poultry ditalian 09-6171211 dan 09-6171411 atau datang sendiri ke alamat TD Poultry Sdn. Bhd., Kawasan Perindustrian Chendering, 21080 Kuala Terengganu.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 15 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com