UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Kerajaan tidak pecat imam, bilal Umno

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Negeri tidak pernah memecat imam, bilal dan jawatankuasa masjid, sejak mengambil alih pemerintahan negeri ini selepas pilihan raya umum lalu. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Pelaksanaan Syariah, Haji Harun Taib berkata, laporan akhbar tempatan yang mendakwa tindakan itu dilakukan oleh Kerajaan Negeri tidak berasas dan berniat jahat terhadap Kerajaan Negeri.

Beliau menjelaskan sehingga April tahun ini, seramai 26 imam dan tiga bilal ditamatkan perkhidmatan mereka kerana berusia melebihi tempoh yang telah ditetapkan. Katanya, imam tersebut diberhentikan perkhidmatan mereka kerana uzur, lanjut usia dan tidak dapat menjalankan tugas mereka dengan baik termasuk tidak jelas bacaannya ketika solat.

Tambahnya, walaupun enakmen negeri menyatakan imam dan bilal yang berusia lebih 65 tahuan boleh ditamatkan perkhidmatan tetapi ada yang berusia lebih 80 tahun masih dikekalkan. "Ada imam berumur lebih 80 tahun tetapi tidak ditamatkan, nanti pembangkang ambil kesempatan kata kita pecat imam kerana mereka (pemimpin Umno) tidak ada modal," katanya.

Haji Harun berkata, Kerajaan Negeri telah memutuskan untuk menamatkan tempoh perkhidmatan jawatankuasa masjid berkuatkuasa semenjak 1 Mei 2000. Sehubungan itu, katanya, jawatankuasa baru dilantik bagi menjalankan tugas mentadbir dan memakmurkan masjid-masjid di seluruh negeri.

Beliau berkata, setelah mengambil alih pemerintahan negeri ini Kerajaan Negeri masih mengekalkan pegawai majid, termasuk imam dan bilal walaupun ramai daripada mereka adalah penyokong Umno. "Ini menunjukkan Kerajaan Negeri yang ada sekarang ini baik, imam Umno pun tak pecat," katanya.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 27 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com