UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Dialog MB dengan imam, bilal mantap

KEMAMAN: Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menjawab mantap semua pertanyaan Imam bilal sempena dailognya dengan para imam dari seluruh Kemaman di Teluk Kalong di sini baru-baru ini.

Seorang imam bertanya mengapa jenazah nabi Muhammad dimakamkan di rumah Saidatina Aishah r.a, bukan di masjid. Dato Seri menjawab para sahabat memberitahu bahawa ketika hayatnya nabi Muhamad ada menyatakan bahawa para nabi dimakamkan ditempat dia meninggal dan kebetulan ketika itu, baginda sakit dan wafat dirumah Saidatina Aishah dan disitulah tempat baginda dimakamkan.

Menjawab soalan seorang imam berkaitan apakah pusaka yang ditinggalkan oleh Nabi kepada umatnya hari ini. Dato Seri menjawab, baginda tidak meninggalkan harta benda kepada umatnya kecuali hanyalah ajaran -ajaran al-Quran dan al-sunnah yang menjadi teladan kepada seluruh umat manusia. Ini berbeza sama sekali dengan Kerajaan Namrud dan Firaun serta Qarun yang meninggalkan bangunan-bangunan lama untuk dikenang dan masih ada sehingga hari ini.

Menjawab soalan mengapa kita berkiblat kepada Baitul Makdis, Dato’ Seri menjawab Umat Islam berkiblatkan Kaabah di Baitul Makdis atau Baitul Mukaddas sebagai lambang dan syiar sahaja. Yang penting, umat Islam menyembah Allah taala yang Esa bukan sembah batu dan bangunan. Walau dimana terletaknya kiblat, hatta di Negeri Terengganu sendiri kita wajib menyembah Allah dan arahnya mestilah ke arah Mekah.

Isu ulamak-ulamak masuk politik berkehendakkan wang adalah satu isu yang dimomokkan oleh sesetengah pihak. Semua orang perlukan wang dalam hidup mereka, tidak kira sesiapun mereka. Tidak kita nafikan wang adalah faktor yang penting dalam menjalani kehidupan sehari-hari. Sebab itulah dasar Kerajaan hari ini, menaikkan elaun imam bilal kerana ia merupakan keperluan. Walauapapun,yang penting wang yang dicari itu halal disisi Allah taala.

Untuk mewujudkan sebuah negara Islam di Malaysia, kita perlu melalui proses demokrasi dimana suara rakyat ternyata diperlukan. Majoriti 2/3 di Parlimen juga sebagai syarat utama untuk mewujudkan sesebuah negara. Dengan usaha kita dan bantuan dari Allah, kita pasti mampu untuk melakukannya. Faktor masyarakat majmuk bukan penghalangnya dan sejarah di zaman nabi sendiri sebagai teladan untuk dicontohi. Di Terengganu sendiri, masyarakat Cinanya begitu senang dengan pentadbiran kita. Kita boleh menghormati hak dan tugas mereka selagi tidak bercanggan dengan ketetapan yang trlah digariskan oleh Allah.

Islam dan iman pada asalnya berbeza antara manusia dan Allah. Bagi Allah, Iman adalah yang pertama diikuti dengan Islam, tetapi bagi manusia, Islam dahulu baru beriman. Harus diingat, tidak semstinya orang Islam itu beriman dan sebab itulah kedua-dua rangkaian Islam dan Iman ini tidak boleh dipisahkan.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 27 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com