UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Kesal tindakan Umno politikkan pinjaman TEKUN

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Negeri kesal dengan tindakan Umno Terengganu yang mempolitikkan pinjaman TEKUN kepada usahawan kecil negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Penjaja Kecil dan Hal Ehwal Pengguna, Haji Mohd Abdul Wahid Endut berkata, pihaknya mempunyai bukti borang pinjaman TEKUN yang diedarkan kepada usahawan kecil turut disertakan dengan borang pengesahan keahlian Umno.

Beliau berkata, perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana pinjaman perniagaan sepatutnya diagihkan kepada semua pihak tanpa mengira fahaman politik. "Setelah dirujuk perkara tersebut kepada menteri yang berkenaan, penjelasan yang diterima ialah pengesahan keahlian Umno tidak perlu bagi pinjaman TEKUN," katanya di satu majlis di sini baru-baru ini. Menurutnya, ini adalah sebahagian daripada contoh kepongan ekonomi dan pentadbiran yang dilakukan oleh Umno terhadap Kerajaan Negeri dan rakyat negeri ini.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 27 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com