UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Ikhlas untuk kekal kemenangan

CHUKAI: Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Abu Bakar Chik mengingatkan ahli serta pemimpin PAS agar ikhlas dalam memperjuangkan Islam. Beliau berkata, ikhlas dalam perjuangan amat penting bagi mengekalkan kemenangan Islam khususnya di negeri Terengganu ini. "Kita (PAS) telah berjaya memerintah Terengganu setelah dikuasai oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak 38 tahun lalu.

"Dalam tempoh itu rakyat dibebani dengan pelbagai masalah serta ketidakadilan yang dilakukan oleh pemerintah Umno," katanya di satu majlis di Balai Istiqamah, di sini baru-baru ini. Katanya, kemenangan yang dicapai tidak akan dapat dipertahankan jika keikhlasan di kalangan ahli dan pemimpin menjadi lemah.

Justeru, setiap ahli perlu berhati-hati dalam memilih pemimpin bagi mengekalkan kualiti kepimpinan Islam. Beliau yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bimbang dengan anasir-anasir luar yang boleh menghancurkan kesatuan hati dalam jamaah Islam. Katanya, setelah kemenangan Islam dicapai terdapat segelintir golongan yang menjadikan ‘kebendaan’ sebagai agenda politik. "Jadikan Islam matlamat perjuangan kita (PAS) yang tidak boleh dipermainkan," tegasnya.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 27 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com