UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Kerajaan diminta wujudkan perkampungan kraf

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Negeri diminta mewujudkan perkampungan dan membina kompleks kraf bagi membantu industri kraftangan Terengganu berkembang maju. Rata-rata pengusaha kraf bersetuju diwujudkan perkampungan itu kerana ia banyak mendatang manfaat kepada pengusaha kraf.

Pengarah Urusan Noor Arfa Batik, Encik Wan Mohd. Ariffin Long, 45 mencadangkan supaya Kawasan Perindustrian Chendering dijadikan sebagai perkampungan kraf sekaligus dibina kompleks kraf di situ. Beliau berkata, sejak dari kerajaan lalu cadangan seumpama itu sudah dibuat tetapi tidak mendapat respon yang baik dari pihak Kerajaan.

"Pelbagai cadangan dan kertas kerja dikemukakan untuk tujuan tersebut tetapi tiada tindak balas yang positif untuk menjadikannya sebagai suatu kenyataan" katanya ketika ditemui selepas majlis pertemuan dengan Ketua Setiausaha Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Tengku Alaudin Abdul Majid di Wisma Darul Iman di sini baru-baru ini. Jika cadangan itu tidak berjaya dilaksanakan beliau bercadang akan membina kompleks kraf bersendirian dan mengajak usahawan kraf bersama memajukan kompleks itu dengan perniagaan masing-masing.

Haji Wan Mohd. Ariffin mengajak semua pengusaha kraf menjakankan aktiviti perniagaan mereka di kompleks tersebut. Beberapa pengusaha kraf lain ketika ditemui selepas majlis pertemuan itu menyokong penuh cadangan itu.

Seorang pengusaha batik dari Cabang Tiga di sini, Syed Anwar Syed Ahmad, 22 berkata, pengusaha-pengusaha kraf perlu berusaha sedaya upaya menjadikan kompleks berkenaan sebagai tempat berkreatif di samping memperagakan barangan kraf tempatan seperti batik sutera, songket, barangan tembaga, keris, barang anyaman dan seumpamanya. Dalam pada itu seorang pengusaha lain, Haji Mohd. Nor Ashari bersetuju mewujudkan perkampungan itu dan semua pihak di seru berusaha melaksanakan impian bertahun-tahun itu.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 28 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com