UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Kerajaan ambil berat golongan cacat penglihatan

KUALA TERENGGANU: Tabung Darul Iman (TDI) menyumbangkan sejumlah RM1,000 kepada Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Wilayah Terengganu (PERKIS) bagi membolehkan persatuan itu memulakan kegiatannya. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Sosial dan Kesihatan Haji Abu Bakar Abdullah berkata Kerajaan juga sentiasa berusaha mengiktiraf persatuan seumpama itu kerana Islam memberi keutamaan tertentu kepada golongan itu."Al-Quran sendiri mengambil berat terhadap golongan itu dan menyebut mereka dalam beberapa ayat," katanya ketika berucap di Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PERKIS Kali Pertama di Dewan Syarahan Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) di sini baru-baru ini.

Beliau seterusnya berkata kerajaan sentiasa mengambil perhatian berat kepada golongan itu kerana mereka adalah golongan yang diiktiraf oleh Islam bahkan Allah menyebut mengenai mereka melalui beberapa ayat di dalam Al Quranul Karim. Katanya, walaupun mereka cacat penglihatan namun pada mereka terdapat beberapa sifat istimewa seperti cerdik, intelek, penghafaz al Quran. "Dan yang istimewa ialah terdapat ramai ulama’ di kalangan mereka," jelasnya.

Justeru Haji Abu Bakar mengharapkan PERKIS menjalankan aktiviti yang mendatangkan manfaat sehingga terhapus pandangan serong masyarakat terhadap mereka. Beliau mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang berjaya menubuhkan PERKIS SAMBIL mengharapkan ianya diberkati Allah.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Encik Mohd Shukrimun Shamsuddin, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Haji Mohd Ali Ibrahim, Naib Yang Dipertua PERKIS Malaysia Encik Shamsuddin Abdul Wahab, Pengerusi Penaja PERKIS Terengganu, Encik Mohd Yusof Ismail bersama Ahli Jawatankuasanya serta 60 orang cacat penglihatan dan keluarga masing-masing hadir di majlis itu.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 29 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com