UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Jangan mudah anggap seseorang ahli neraka

KUALA TERENGGANU: Umat Islam diingatkan supaya tidak mudah menganggap seseorang Islam sebagai ahli neraka sekalipun ia bergelumang dengan dosa besar. Ingatan itu dibuat oleh Menteri Besar, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam kuliah tetap mingguan di Masjid Ladang di sini baru-baru ini. Katanya, hanya Allah yang mengetahui seseorang itu masuk neraka atau tidak. Beliau menghuraikan maksud-maksud hadith tentang orang yang melakukan maksiat termasuk melakukan dosa besar mendapat keampunan Allah setelah mereka bertaubat.

"Allah yang Maha Pemurah dan Maha Pengampun itu sedia mengampun segala dosa seseorang sebesar mana sekalipun dosanya apabila seseorang bertaubat dengan ikhlas," katanya.

Hanya yang mensyirikkan Allah saja yang tidak akan Allah ampunkan. Justeru itu beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah menuduh seseorang itu ahli neraka atau akan masuk neraka. Beliau lalu menyebut tentang seorang yang dibicarakan di hadapan Tuhan Rabbul Jalil di Yaumil Mahsyar yang suratan maksiatnya bak saujana mata memandang. Allah bertanya orang itu kalau-kalau malaikat tersalah catit tentang dosanya. Orang itu menjawab bahawa catitan itu tidak silap kerana memang dia melakukan segala maksiat yang tercatit itu.

Akhirnya, kata Tuan Guru, Allah memberi kepadanya satu surat kecil yang mencatitkan hanya satu pahalanya iaitu dia mengucap dua kalimah syahadah. Allah memberi isyarat kepadanya supaya melalui jalan ke syurga, sedang dia tidak yakin boleh masuk syurga kerana selain dia melakukan banyak maksiat, dia hanya bersyahadah saja. Apabila ditimbang antara suratan dosanya bak saujana mata memandang dengan secebis kertas pahala syahadahnya, didapati timbangan pahalanya lebih berat dari dosanya. Maka dia menjadi ahli syurga. Bagaimanapun beliau mengingatkan supaya orang Islam jangan pula mengambil mudah, kita boleh masuk dengan bergelumang dosa dan tidak melakukan amal soleh.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 29 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com