Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Kuasa Tidak Dimanfaat Harus Ditarik Balik.

Dalam artikel ringkasnya pada 18 Dis 2001 bertajuk, " Anjakan paradigma………….", Terompah Kayu melahirkan rasa bimbang dan ragu terhadap pelaksanaan perancangan Kerajaan Barisan Alternatif ( BA ) di Kelantan dan Terengganu. Beliau menimbulkan persoalan samaada kuasa terhad yang dimiliki kerajaan menghalang pelaksanaan memenuhi tuntutan rakyat terbanyak. Beberapa kali beliau menyoal, " Apakah kerajaan hendak menunggu memerintah negara - pada hemat beliau bukan perkara mudah - baru nak laksanakan perancangannya." Di akhir artikel itu beliau mengingatkan kerajaan kemungkinan pegawai dan pentadbir yang terdiri daripada BN mensabotaj pelaksanaan. Terompah Kayu tidak keseorangan merasai bimbang dan ragu, ramai lagi yang berkongsi perasaan ini.

Luahan rasa di atas boleh ditafsirkan dalam berbagai rupa dan bentuk serta kesan susulannya. Saya melihat artikel ini sebagai satu peringatan ikhlas kepada kerajaan BA, khususnya di Terengganu untuk menilai prestasinya agar dapat memenuhi tuntutan rakyat terbanyak, justru mengekal pemerintahannya pada pilihanraya yang akan datang-2004? Sepertimana termaklum, kerajaan negeri, meskipun memiliki kuasa terhad untuk mentadbir negeri, mempunyai kuasa mutlak ke atas pentadbiran tanah dan Agama. Jika kuasa-kuasa ini diguna sepenuhnya dan dengan bijaksana, sebahagian besar tuntutan rakyat terbanyak dapat dilaksanakan. Dengan itu kerajaan BA tidak perlu menunggu sehingga menguasai negara sebelum menyelaksanakan perancangannya.

Pembahagian tanah kepada rakyat yang memerlukannya amatlah lembap. Sering terdengar alasan-alasan dari mulut segelintir pemimpin dan wakil rakyat bahwa kerajaan tidak mempunyai wang ( Royalty Petroleum di rompak kerajaan Pusat ) untuk membayar elaun kerja lebihmasa kepada kakitangan kerajaan yang dikehendaki bertugas untuk mempercepatkan proses pembahagian. Jika dakwaan ini benar, kenapa kerajaan tidak mengenalpasti alternatifnya, seperti meminta agar bakal pemilik menyumbang sedikit wang untuk menampung kos kerja lebihmasa kakitangan yang telibat dengan pembahagian tanah kepada mereka atau lain-lain cara yang lebih sesuai. Apa yang dibimbangkan ialah adanya unsur-unsur sabotaj yang dilakukan oleh pegawai kerajaan di kalangan BN. Di sini kerajaan perlu mengkaji dan meneliti tidaklaku pegawai-pegawai sedemikian dan tindakan tegas diambil terhadap mereka yang mengkhianati perancangan kerajaan, dengan segera.

Pentadbiran agama juga didapati tidak terurus dengan baik hinggakan masih wujud ketidak-tenteraman di masjid-masjid dan surau-surau. Pegawai agama, termasuk imam dan bilal yang telah dilantik dan dididik untuk mentadbir Islam ala UMNO oleh kerajaan BN berpuluh-puluh tahun lalu. Tindaklaku mereka mempertahankan cara lama meskipun polisi telah berubah, menyebabkan terbantutnya perkembangan Islam yang hendak diterapkan kerajaan BA, khususnya PAS, justru keperluan rakyat terbanyak ( mereka yang meletak kerajaan hari ini ) tidak tercapai. Apabila masaalah ini diajukan ke pihak yang bertanggungjawab, jawapannya, "Tidak mengapa, biarkan saja ianya begitu, lama-kelamaan mereka akan berubah. Yang benar akan menyedari mereka." Sanggupkah kerajaan BA menunggu berpuluh-puluh tahun mengubah sikap mereka yang taksub kepada cara lama ? Bolehkah BA mengekal pemerintahannya selama itu dengan gejala-gejala sabotaj mereka ? Kononnya tindakan memisah halangan, menukar atau memecat pegawai-pegawai sedemikian, disifatkan sebagai satu kezaliman dan dikutuk Islam. Tidakkah pegawai-pegawai yang mengkhianati perkembangan Islam disifat lebih zalim? Dan bukankah Islam mewajibkan kita menghumban yang Zalim ? Pihak kerajaan hendaklah mengkaji persoalan-persoalan ini dengan teliti agar untuk menghindar dari kezaliman kita biarkan yang zalim bermaharajalela.

Sebagai pembangkang sebelum ini, BA banyak menggunakan platform ceramah untuk menyampaikan maklumat justru mempengaruhi rakyat terbanyak memilihnya untuk memerintah. Keadaan kini telah berubah di mana suara atau ceramah tidak lagi membawa kesan yang sepositif dulu. Kini rakyat hendak melihat pelaksanaan, bukan daleh atau alasan. Adalah menjadi tanggungjawab sebuah kerajaan untuk memenuhi tuntutan rakyat terbanyak. Dengan itu adalah diharapkan agar kerajaan BA menggunakan kuasa yang diamanah rakyat dengan baik. Jika ianya tidak digunakan dengan bijak maka kuas yang diberi mungkin akan ditarik balik.

Jangan tunggu lama-lama,
Nanti dikebas orang!!

Watchdog






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 22 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com