Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Surat Isteri Dr Badrulamin kepada Paklah (KDN)

YAB Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi
Menteri Dalam Negeri Malaysia
Lot 855, Jalan Bellamy,
Kuala Lumpur.

23 November 2001

Assalamualaikum W.W.

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri,

BEBASKAN SUAMI SAYA DARI SYARAT-SYARAT YANG ZALIM.

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak, moga puasa dan amal Dato’ Seri diterima Allah sebagai bekalan ke alam akhirat.

Saya Zumrah Husni (640321-10-7040) isteri kepada Badrulamin Bahron yang kini telah dikeluarkan dari Kamunting namun dicengkam dengan syarat-syarat yang zalim di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Sebagai rakyat malaysia beliau tidak dibenarkan bergerak bebas dalam Negara sendiri. Beliau juga dinafikan hak untuk hidup bermasyarakat secara normal. Hak berpolitik yang dijamin oleh Perlembagaan juga ditarik dari beliau.

Saya merayu kepada Dato’ Seri supaya suami saya dibebaskan dari syarat-syarat yang zalim itu memandangkan suami saya tidak perna dibuktikan bersalah melakukan sebarang kesalahan jenayah. Sebaliknya suami saya adalah seorang yang dihormati dalam masyarakat sebagai ilmuan dan agamawan yang banyak berjasa kepada masyarakat dan Negara.

Saya juga pohon agar rakan-rakan suami saya yang masih ditahan di Kamunting tanpa bicara iaitu Mohd. Ezam Md. Nor, Hishamuddin Rais, Chua Tian Cheng, Saari Sungip dan Lokman Noor Adam dibebaskan segera supaya keluarga terutama anak-anak mereka boleh merasakan kenikmatan Ramadan dan kemeriahan Hari Raya. Ingatlah bahawa penahanan mereka adalah satu kezaliman dan dosa besar di sisi agama. Mereka (termasuk suami saya) telah difitnah oleh Ketua Polis Negara yang kononnya mereka mengancam keselamatan negara dengan menggunakan bom, grenade launcher, molotov cocktail dan senjata untuk mencetuskan huru hara. Sehingga kini tiada bukti dikemukakan dan soal-siasat polis juga tidak menyentuh hal itu.

Dato’ Seri,

Sebagai Menteri yang bertanggungjawab keatas penahanan mereka, Dato’ Seri akan dipertanggungjawabkan ke atas kezaliman ini. Para tahanan dan kami seluruh keluarga dan berjuta rakyat Malaysia malah umat manusia seluruh dunia tidak akan jemu berusaha dan berdo’a agar Allah membalas segala kezaliman yang Dato’ Seri lakukan. Ingatlah, bahawa do’a orang-orang yang dizalimi tidak ada penghalang dengan Allah.

Saya ingatkan bahawa kekuasaan dan pangkat yang ada pada Dato’ Seri hanyalah sementara. Akhirnya kita akan kembali menemui Allah jua. Akhirat adalah tempat perhitungan yang seadil-adilnya. Pastinya kita akan jumpa di sana. Kami tidak rida walaupun sehelai rambut kami diperlakukan secara zalim oleh Dato’ Seri dan sesiapa sahaja yang terlibat dalam kezaliman ini. Kami akan tuntut di Mahkamah Ilahi.

Semoga Ramadan yang mulia ini membuka pintu Rahmat di hati Dato’ Seri sesuai dengan Sabda Nabi s.a.w. bermaksud “Ramadan itu, permulaannya Rahmat, pertengahannya keampunan dan penghujungnya adalah bebas dari api Neraka”.

Wassalam.

Yang berharap,

Zumrah Husni.
Anak-anak yang turut mengharap:
Amin Farhan,
Amin Rafiq,
Ain Najwa,
Ain Nuha,
Ain Najhan,
Ain Najma,
Ain Najda.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 11 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com