Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Tabilgh dan Dakwah..

Tadi saya baca tulisan Astora dalam Mingguan Meloya,katanya antara lain Jemaah Tabligh menolak konsep berpolitik dalam berdakwah.Dari pemerhatian saya,ada juga betulnya tentang Jemaah Tabligh ini. Tak tahulah adakah mereka ada belajar tentang dakwah sebelum pergi berdakwah. Dr.Abd Karim Zaidan ada menyebut bahawa rukun dakwah itu terdiri dari:

i-Dai-pendakwah

11-Mad'uu-atau sasaran dakwah,penerima dakwah

iii-Maudhu'-apa yang didakwahkan,yakni Islam harus difaham dengan baik sebelum pergi berdakwah(objek dakwah).

iv-Uslubud Dakwah-teknik atau cara berdakwah

v-Wasilah atau media yang digunakan dalam berdakwah.

Itu adalah lima rukun dakwah yang diperjelaskan oleh ulama terkini dalam kitabnya yang terkenal-Ushulud Dakwah.

Dalam hal maudhu' atau objek dakwah,yakni Islam,mereka harus memahami bahawa Islam dan politik tidak dapat dipisahkan.

Dari segi Uslub pula,sepatutnya teknik dalam sirah nabawiyyah lah yang harus dijadikan pedoman.Peringkat Makiyyah memang tidak ada politik.Tetapi bila Nabi berhijrah, Uslub dakwab bertukar kepada peringkat Madaniyyah.di mana negara Islam sudah wujud,dan politik dalam dakwah tidak dapat dipisahkan.

Di manakah saudara-saudara kita dalam jemaah tabligh itu mengambil pendirian?

Oleh : 3z






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 19 November 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com