Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Peguam Negara letak jawatan minggu depan. Gani didakwa dalang

BERITA GEMPAR

Kuala Lumpur, 15 November: Peguam Negara akan meletakkan jawatannya minggu depan, seawal-awalnya Isnin, selepas menemui Perdana Menteri awal minggu ini.

Peletakan jawatan peguam negara wanita yang pertama itu, dipercayai angkara politik dalam jabatan itu - yang dirancang timbalan kanan pendakwaraya Dato' Abdul Gani Patail - dengan kerjasama Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dato' Samsudin Osman, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Aseh Bin Hj Che Mat dan beberapa pegawai tinggi polis di Bukit Aman.

Datuk Ainum Mohd Saaid, yang dilantik awal tahun ini untuk tempoh perkhidmatan selama dua tahun, dipercayai akan melepaskan jawatan awal minggu depan dengan alasan "kesihatan."

Ainum akan berbuat demikian selepas menemui Dato' Seri Dr. Mahathir di Putrajaya pada Isnin lepas (12 November). Dalam pertemuan itu, Perdana Menteri "menasihatkan" bekas ketua eksekutif Suruhanjaya Sekuriti itu melepaskan jawatan dengan alasan tersebut.

Peguam Negara dipercayai menemui Perdana Menteri untuk mengesahkan sama ada "arahan" yang diterimanya daripada Samsudin dalam satu pertemuan pada Rabu minggu lalu (7 November) benar-benar datang daripada Dr. Mahathir.

Gani, yang mempunyai cita-cita untuk mengambil alih tempat Peguam Negara, berasa tersinggung dengan Ainum apabila tidak diberikan keutamaan dan tempat seperti diharapkan selepas peguam negara sebelum ini, Tan Sri Mohtar Abdullah, ditamatkan perkhidmatan tahun lalu. Mohtar, yang mempunyai hubungan rapat dengan Gani, sering merujuk pandangannya, khususnya dalam mengendalikan kes bekas timbalan perdana menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Ainum melantik seorang pegawai wanita sebagai Peguam Cara Negara dan sering membelakangkan pandangan Gani, sebaliknya Ainum selalu merujuk beberapa pegawai kanan yang lain.

Timbalan kanan pendakwaraya yang terkenal dalam kes Anwar itu dipercayai sangat menginginkan jawatan Peguam Cara Negara, kedudukan kedua terpenting dalam hirarki jabatan itu, sebagai langkah awal untuk mengambil alih jawatan tertinggi itu.

Gani mula bertindak sebagai "dalang utama" pakatan menjatuhkan Peguam Negara sejak Ainum memegang jawatan pada 1 Januari tahun ini. Penglibatan Samsudin dan Aseh, dua orang kanan Perdana Menteri, dalam konspirasi ini dipercayai langkah awal Gani untuk mempengaruhi Dr Mahathir.

Berita, yang disebarkan oleh akbar New Strait Times (NST) dan juga portal berita Malaysiakini.Com, kononnya Ainum bercuti sebulan baru-baru ini kerana sedang dalam siasatan polis juga dipercayai maklumat palsu yang disebarkan oleh Gani.

Seorang wartawan wanita di NST dipercayai dijadikan "alat" oleh Gani untuk menyebarkan maklumat palsu dan juga mencari rahsia politik dalaman Jabatan Peguam Negara. Berita yang diterbitkan Malaysiakini.com dipercayai diambil daripada sumber NST.

Gani turut memperalatkan beberapa pegawai tinggi polis yang tidak senang dengan SAC Musa Hassan, dulu penolong pengarah Jabatan Siasatan Jenayah di ibupejabat polis Bukit Aman. Musa juga dikenali dalam kes Anwar.

......./bersambung esok...






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 17 November 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com